Itulah Cinta

 Bab 6


Norman, Norman!, Apa pendapa kamu dengan project baru kita bersama syarikat TiomanJaya? tanya Datuk Kadeer kepada Norman. Namun di sahut dengan senyuman simpul Norman yang mana Datuk Kadeeer tahu bukan dari soalan dia tadi.


Norman!


"Eh, Ya Ayah, Kenapa? ayah dahaga? "


"Dahaga? , kenapa kamu ni Norman?, Ayah nampak macam kamu ni tidak berapa fokus sejak 2 -3 minggu ni, ada project yang ada masalah ke?"


"Tiada apa ayah, saya cuma ada masalah kecil sahaja, dalam proses untuk di selesaikan, ayah jangan risau, semua project berkaitan syarikat kita masih dalam keadaan baik" , cuma masalah aku nak jumpa Akma ni sahaja yang belum selesai, 3 minggu buat perancangan, masih belum nampak sinar, haih, rasa lebih susah dari nak dapatkan tender project perlabuhan di Tioman!. Gumam hati Norman.


"Haa, alang2 kamu dah memang ada di sini, ayah ada nak bawa kamu jumpa anak kawan ayah, kamu ingat uncle Rumin? "


" Uncle Rumin dari indonesia tu? Ingat, kenapa ayah? anak dia Rina nak masuk internship di syarikat kita? tiada kekosongan ayah, lagi pun saya tak nak handle budak macam Rina ayah, kerja nya layan lagu korea sahaja, tak jadi kerja nanti. "


Norman mengerutkan kepala nya, terbayang2 muka berkilat terlebih fondation Rina yang tak habis2 menyanyikan lagu kpop sambil menggayakan tarian nya sekali. Macam mana budak begini mahu di terima sebagai intern di syarikat nya. Memang meletup lah kepala Norman yang cukup tidak suka melengah lengah kan kerja syarikat. 


" Eh, bukan untuk intership, Uncle Rumin datang holiday di Malaysia, jadi dia ajak makan malam di rumah nya di Subang Jaya, ayah dah lama tak jumpa dia, dan ayah tahu anak dia cantik. Mana tahu sesuai untuk kamu Norman, dengar nya dia sudah habis belajar di Korea dan sekarang sedang mencari kerja sementara sebelum dia ambil alih syarikat Uncle Rumin."


Mendengar kata kata ayah nya tentang Rina mahu di jodoh kan dengan diri nya, Norman hampir tersedak air liur nya sendiri, ini cadangan gila. 


Terus dia teringat kepada wajah anak patung gadis UTM yang menghantui minda Norman selamat 3 minggu.


Cadangan ayah nya perlu di cantas sebelum parah!


" Rina dengan norman ayah?, tak nak lah ayah, Rina nampak macam budak darjah 6 ayah!, Norman dah 32, tak sesuai, lagi pun, Norman tidak suka Kpop ayah, Norman terlalu tua untuk layan budak perempuan yang suka Kpop."


"Kamu ni Norman, dia suka Kpop sebelum lepas SPM, dah 4 tahun dah dia pergi Korea belajar, takkan dah umur 23, dia masih sukakan Kpop"


Oh, ayah ku Datuk Kadeer terlalu naive! Kpop adalah penyakit yg tiada ubatnya!


" Ayah, dia ke korea sebab nak layah Kpop dan jumpa artist di sana" norman sudah buat muka bosan nya. 


" Kamu ikut dulu dinner, tengok sendiri Rini mcam mana " jawab Datuk Kadeer


" Rina ayah, Rina "


" oh, Rina, jumpa dulu Norman, nanti kita bincang balik " 


Datuk Kadeer bangun dan berlalu keluar meninggal kan Norman terkapar2 memikirkan rangcangan baru misi untuk bertemu Akma sebelum mata nya di cemari wajah Rina nanti.


'Mungkin aku ikut balik plan asal aku, plan supaya akma langgar kereta aku sekali lagi' fikir Norman


tiba2 Norman rasa yang plan itu bernas.


" Epol, bawa kan perdana ambil saya, nanti awak bawa balik audi ya, saya nak keluar dengan perdana " kata Norman sebelum turun bagi melaksanakan rancangan nya tadi.


'Akma, kita jumpa lagi!'

 

sungguh aku cinta

bab 4

Anis suraya, nama seindah wajah mu, idham memejamkan matanya, di luar terdengar tangisan adik

bongsunya dan suara pujukan ibu, adik lapar barangkali, ayah telah lama keluar, itu rutin harian orang

tua yang satu itu, kalau tidak ke kedai kopi, ke rumah usang belakang sekolah itu untuk berjudi, ayah,

entah bila akan berubah.


kalau ikutkan hati, idham sudah malas mahu ke sekolah, dia mahu bekerja,mahu menjadi pelukis, mahu

menolong ibu, tetapi ibu masih berkeras mahu dia belajar, merubah nasib keluarga, dia sudah tidak

nampak jalan keluar bagi keluarga malang nya, dia hanya nampak kerja, kerja boleh memberikanya

duit segera, ibu perlu di tolong, adik perlu di bei makan dan ayah, ayah kadangkala terlalu kejam.

idham memejam rapat kembali matanya.

gadis itu pemberi semangat baru kepadanya, dia semakin rajin ke sekolah, bukan untuk belajar, tetapi

untuk menenangkan jiwa, gadis berlesung pipit itu ibarat dadah, sentiasa membuatkan jiwa nya tenang

 tanpa masalah. pena dan kertas tenpat dia meluahkan rasa, melakar anugerah ciptaan tuhan yang

sungguh sempurna di matanya. Anis suraya.

Anis melipat kembali surat dari peminat misteri itu, di selitkan di dalam buku kimia, sambil tersenyum,

anis mula berfikir, 'siapalah agaknya kan, ish, ini bahaya ni, nanti terganggu kosentrasi aku nak study,

SPM dah dekat sangat.' lantas cepat2 dia melelapkan mata, husna telah lama pulang ke rumah, esok

hari jumaat, anis perlu berjumpa dengan ustazah untuk berlatih membaca Al-quran, pertandingan

membaca Alquran peringkat sekolah akan berlangsung minggu hadapan.


Bab 5

Akma pulang ke kolej dgn perasaan yg sedikit gusar..''adoi...memang aku tak gemar betul dgn 'last 

word' mamat kereta tu...dukan kali terakhir?...aper ada hati nak aku langgar kereta dia lagi ke?'' dilla yg 

telah merebahkan diri ke katil sempat menoleh ke wajah akma, ''apahal yang kau macam ayam berak 

kapur ni akma?, teringat abg eh, mamat kereta ke?, aku tahu lah dia handsome, kenapa dah minat?'' 

pantas saja akma berpaling pada dilla,'' eh, kau jgn macam-macam dilla, aku tak suka lah, kau pun tahu 

aku ni mana boleh main cintan cintun ni, aku di larang dan aku sendiri tak minat!'' dilla hanya tesengeh, 

wajah bengis puan maimun menjelma di ruang mata nya, 'iskh ngeri' bungkam hati dilla.

Norman sedang bersandar di sofa empuk di ruang tamu milik keluarganya. mata nya tepat memandang 

kipas yang berputar laju, selaju fikirannya memikirkan wajah comel milik gadis kolej yang keanak-

anakan itu.' macam mana nak jumpa lagi awek ni, walaupun baru aje jumpa, tapi nak jumpa lagi, 

macam mana nak buat, boleh tak kalau aku buat2 dia langgar kereta aku lagi?'' Norman tersenyum 

sendiri, 'bernas!' terus dia bangun sambil mencapai kunci keretanya, bukan untuk mencari akma, bukan, 

itu kerja kurang bernas, dia hanya mahu ke bilik mandi, maghrib sudah mahu habis!.



Bab 3

Idham memandang Anis yg sedang masuk ke kereta ayah nya utnk pulang kerumah. Namun dia masih setia di situ, hati nya senang berada di belakang surau sekolh itu, ini tempat dia meluahkan ilham, ini tempat dai untuk melakarkan jiwanya. Tgn idham masih lagi lincah melakar sesuatu ki kerta putih itu, sesekali dia berhenti melihat hasil tgn emasnya, dan dia tersenyum.

‘’ Akan ku lakarkan wajah cinta ini untuk kekal abadi di hati’’ bisik Idham sendirian.

Anis memandang idham dari dalam kereta yg meluncur laju.

‘idham sgt suka melukis, dia masih melukis walau semua org telah pulang ke rumah, apa yg kau lukis tu idham sampai tersenyum sorang2’ gumam Anis di dalam hatinya.

Malam itu, Husna berjanji mahu dating kerumahnya untuk belajar bersama. Anis hanya tinggal bersama adiknya Alia, Ayah seorang bapa tunggal nya telah lama keluar katanya ada urusan penting. Anis malas mahu ambil pusing tentnag urusan ayahnya kerana semenjak Ayahnya berpisah dgn ibunya, ayahnya sering mennyibukkan diri dengan urusan luar, mungkin kerana mahu melupakan peristiwa sedih itu. Ibunya kini telah berkahwin dengan lelaki kaya yg menetap di Johor, dari apa yg Anis tahu, mereka tidak di kurniakan cahaya mata setelah 4 tahun bersama. Semenjak itu, ibunya mula menghubungi ayahnya tentang perihal hak penjagaan mereka berdua. Anis merasa terkilan dgn perlakuan ibunya, kerana sepanjang 4 tahun itu, tidak sekali pun dia menunjukkan kasih sayang terhadap anak2 yg di tinggal kan kepada ayah, namum apabila dia sudah besar dan semakin rapat bersama ayah nya, ibunya mahu kan hak penjagaan kembali. Ayahnya sanggup tidak berkahwin semata2 mahu menjadi mereka 2 beradik, tidakkah ibu Nampak semua itu?. Fikir Anis.

Loceng rumahnya berbunyi.

‘’ Ha, sampai pun kau husna, aku ingat tadi tak jadi’’ kata Anis sambil membuka pintu pagar rumahnya.

‘’ mana pulak tak jadi, aku malas nak study sorang, study denga kau baru best’’ jawab husna sambil menggalas beg sandang di bahu.

’’ Sebelum aku lupa, ini, ada org pass dekat aku masa aku nak naik bas tadi, surat untuk kau’’ Husna menghulurkan sepucuk surat bersampul biru dengan namanya.

‘’siapa bagi? Tanya Anis, lantas menyimpan surat itu di dalam buku.

‘’ entah, budak junior yg kasi, dia kata ada abg bagi, eh kau tak nak bukak ke surat tu, boleh aku tahu siapa yg bagi’’ cadang husna dengan wajah menyusik.

’’ alah husana, malu lah , nanti aku kasi tahu kau ye’’ jawab Anis dgn wajah kemerahan.

Husna hanya tersenyum, dia faham dgn sifat rakanya nya perahsia, namun dia tidak ereasa tersinggung, walaupun mereka kawan karib, namun tidak semua rahsia perlu di kongsi bersama.

‘’ Dah, jom study, SPM dah tak lama ni’’ Kata husna sambil menepuk bahu rakan karibnya.

Mereka perlu mendapat keputusan yg cemerlang, kerana mereka ada cita2, Mereka mahu ke menara gading bersama.

Selesai solat isyak, Anis mereakan dirinya ke atas katil, Alia sudah lama lelap di buai mimpi, sesekali terdengar dengkuran halis dari katil adiknya itu. Anis tersenyum sendirian, dia teringat akan surat yg diberi olah husna tadi, dengan pantas Anis mengambil surat itu, dia masih tertanya-tanya siapalah gerangan yg mengutuskan surat itu kepadaya. Anis mengeluarkan isi surat itu,

’ oh cantiknya,’ potriat wajah nya yg sedang tersenyum yg menampakkan sepasang lesung pipit di pipinya.

‘Cantik dan halus hasil lukisan itu’ bisik hatinya,

serta merta anis terbayangkan wajah idham.

’’ Takkan lah idham yg lukis, bila masa pulak aku pernah senyum macam ni depan dia, alah lagipun bukan dia sorang aje yg pandai melukis dekat sekolah tu.’’ Bicara Anis sendirian.

Sampul itu di belek lagi, tidak ada surat, kemudian Anis membelek kertas lukisan itu, di belakang lukisan itu tertera

‘’ Anis Suraya, senyum mu inspirasiku’’ .anis tersenyum lagi. ‘’ boleh tahan jiwang budak yg lukis ni, mustahil lah si idham Ais batu tu, keras sejuk macam tu mana tahu jiwang2 ni. Fikir Anis lagi.

Bab 4

Norman menggelengkan kepalanya apabila melihat kelakuan 2 perempuan di hadapanya.

‘Cara mereka menerkam ke arah pelayan itu macam harimau menerkam mangsanya, nasib baik lah pelayan itu terror pegang bekas pizza tu, kalau tidak dah lama terlangkup atas muka aku yg hensem ni.’ Desis hatinya.

Akma masik lagi menyuap potongan pizza kedalam mulutnya, itu sudap potongan ke 3, dan dia belum ada tanda2 untuk berhenti. Dila yg dari tadi sudah berhenti hanya menggeleng kepala.

‘’Akma ni kalau makan, memeng tak de siapa boleh lawan, dia ni bukan makan biasa2, ini melantak namanya.’’bebel Dila perlahan namum masih di dengar Norman.

Norman hanya tersenyum.

’ Walaupun makan macam monster, tapi muka tetap comel’ puji Norman.

Akma yg sedari tidi khusyuk menyuap pizza tiba2 berhenti, dia mengangkat mukanya tak bersalah itu dan baru dia perasan, ada 2 pasang mata sedang memerhatikan dia makan dan sedang menanti penuh sabar.

‘’ Eh, semua dah sudah ke?, saya igt semua tengah makan lagi, sikitnye korang makan’’ sengeh Akma bersam sos yg terpalit di pipi kirinya.

‘’ Weh Akma, ko ni betul lah, dah semua nya ko sapu, ape lagi yg tinggal, ni mamat kereta ni, dari tadi tengok aje, lepas sekeping-sekeping ko telan, Maaf lah mamat, eh silap En Norman, dia memang macam ni, bila makan mesti tekun dan mesti habiskan, tak nak membazir katanya’’. Bidas dila.

Akma sudah buat muka cencurut.

’’ Ha, muncung-muncung, kang aku sangkut hanger kang’’ pantas Akma menagkup mulut nya.

Norman yg dari tadi menjadi pemerhati yg setia sudah mengekeh ketawa.

‘’Alah, kenapa Encik Norman tak minta, mana saya tahu’’ Akma cuba membela dirinya.

’’ Tak pe, saya dah makan sedelum meeting tadi, Akma memang suka makan pizza ye?’’ Akma hanya tersenyum.

’ Ini mamat kereta ni tanya ker peril ni, hish, ada yg kena cepuk kang ni, nasib baik aku dah kenyang, kalau lapar, dgn dia2 aku telan’ gumam akma.

‘’ Saya suka makan semua benda, mak saya pesan hidup ni jgn memilih, makan aje aa yg ada, semua rezeki ni kan Allah yg kasi’’ Norman tersenyem mendengar kata2 Akma.

‘’ Mak kau suruh ko jgn memilih, tapi dia kemain memilih menantu’’ templak Dila.

Akma membuat muka kelat.

‘’Dila, ko jgn sebut pasal2 menantu2 ni, seram la’’.

Wajah Norman berubah tida2,

‘’ Akma dah nak kawin ke? Cepat nye, mak awak dah ada calon ke, kenapa tak tunggu habis belajar dulu, kerja ke’’ kata Norman dgn wajah cemas yg cuba di lindungi.

‘’ Eh , Encik Norman ni, risau kalah Akma, aik, ade aper2 ke Encik Norman, Nampak cuak semacam aje ni?’’ Dila mengenakan serkap jarangnya.

‘’ Dila, kau jgn nak cakap yg bukan2, kang aku lepuk kau kang, cuba kau tengok muka mamat kereta tu, dah macam tut-tut kena belacan dah, kau lah ni, maaf ye Encik norman’’ balas Akma dgn simpati yg di buat2, sebenarnya dia malu dgn kenyataan Dila tadi.

Takkan lah mamat kereta ni minat dekat aku, dah la aku langgar kereta dia, Alamak, itu lah tujuan sebenar nak jumpa ni, ini melalut sampai minat2 ni aper hal nya.’bisik Akma dalam hati.

‘’ Saya bukan risau, saya terkejut aje, I yer lah, zaman sekrang mana ada org kawin muda’’ kata Norman cover line.

‘’ Patut lah Encik Norman tak kawin lagi ye, tunggu tua rupanya, eh, Nampak macam dah tua pun ni, kenapa tak kawin lagi?’’ bidas Akma dgn muka selamba.

’’ Mana awak tahu saya belum kawin lagi Akma?’’ Tanya Norman dgn wajah sinis.

‘’ La Encik Norman, ada tulis kat dahi tu. Saya belum kawin’’ kata akma sambil ketawa seronok mengenakan mamat kereta itu. ‘ ‘Alahai akma, lupa lagi, cepat2 lah Tanya pasal kereta tu, nanti ada org spy report kat Makcik Maimun tu baru kau tahu.’ Akma cepat2 meleraikan tawanya, dia kembali berwajah serius.

‘’ Ha, Encik Norman, mana no Akaun cik Norman, saya nak masukkan duit. Dari tadi duk melalut2 pulak kite ni.’’ Tanya akma dgn suara yg sedikit tegas.

‘’ Siapa yg melalut?, awak ke kite?’’ jawab Norman juga dgn suara yg tegas, tapi dalam hati dah nak terburai ketewanya, seronok melayan perangai keanak-anakkan Akma, perasaan aneh kian bercambah di hati lelakinya, cinta kah ini?.

‘’ Macam ni akma, saya rasa awak tak payah bayar lah harga repair kereta tu, kite kira kosong2, memandangkan awak sanggup jumpa saya hari ni. Tapi saya harap ini bukan perjumpaan terakhir kita. saya suka berkenalan dgn awak.’’ Terang Norman jujur.

‘’ Mak ai Encik Norman, takkan tak payah bayar kot, saya tak minat lah macam ni, mak saya pesan, kalau hutang mesti bayar, nanti kena jawab dekat akhirat, macam mana?’’ Akma sudah membuat muka comel nya.

‘Aik, buat mukan comel macam tu pulak, kang aku gigit baru tahu . bisik Norman di dalam hati.

‘’ Mana ada hutang Akma, saya dah halalkan dah, nanti dekat akhirat tak kena Tanya.’’ Jawab Norman sambil tersenyum.

‘’ Alah ko ni Akma, dah dia kata free tu, ko terima ajel ah, kau pun bukannye ada duit nak bayar, nak mintak dekat puan Maimun?, kau nak kena cinggang hidup2, dia mata tahu kau langgar kereta org ni.’’ Dila memberi cadangan bernas.

Akma masih diam dgn wajah kelat, bukan pasal duit yg akma risaukan, tetapi ayat terakhir Norman , bukan perjumpaan terakhir?, ‘Alamak, ini yg aku malas ni.’

Cinta Aini

Bab 7

Aini masih meneruskan langkah kakinya, walau suara itu terus memanggil, ia tidak menggamit hatinya untuk berpaling dan berhadapn dgn insan yg pernah bertahta di hati nya dulu. Seketika itu, suara yg dahulu pernah di rinduinya tidak lagi kedengaran, Aini memperlahankan langkah kaki nya, mungkin kerana terlalu penat akibat dek cuara di negeri cik siti wan kembang yg membahang.

Aini masuk ke dalam pusat membeli belah billion dgn niat hati untuk menghilangkan lelah dan dahaga. Dia mengambil tempat di ruang makan sambil memesan segelas air laici. Dia masih teringatkan suara itu, sungguh dia tidak menyangka akan di pertemukan dgn Abg Yusuf hari ini setelah hampir 5 bulan tidak ada khabar berita dari nya. Kenapa Abg Yusuf masih mahu memanggil nama nya sedang selama ini tidak langsung bertanya khabar tentang diri ini? Gumam Aini di dalam hati.

Tanpa Aini sedari, ada sepasang mata yg sedang memerhatikan dirinya . Mata lelaki itu tidak jemu menjamah wajah gadis yg di rindui selama ini. 5 bulan sudah cukup menyiksakan jiwa lelakinya kerana tidak dapat memandang wajah gadis kecil molek yg benar2 telah Berjaya mencuri hatinya sejak kali peertama bertentanagn mata 2 tahun yang lalu. Mengenali Aini lebih dekat telah membuatkan hatinya semakin menyukai gadis berwajah ayu itu, cintanya kepada Aini bukan kerana wajah nya yg ayu, tetapi kecekalan dan ketabahan Aini mengharungi kehidupan yg cukup mencabar itu. Hati lelakinya cukup mengkagumi kekuatan aini yg sentiasa mengukir senyuman walau hidup dalam keperitan. Akibat dari asal usul diri Aini yg miskin dan di buang ibu bapa nya sendiri itu telah membuatkan ibunya kak timah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak lelaki tunggalnya itu telah jatuh cinta kepada perempuan miskin yg dianggap telah membawa sial kepada keluarga hingga dibuang begitu sejak dari kecil dan di jaga oleh makciknya yg memerlukan pembantu. Manakan layak perempuan begitu dijadikan menantu ibu nya yg terkenal sebagai isteri lelaki yg kaya di kampung kandis. Namun, walau di halang oleh ibunya, yusuf tidak dapat menipu dirinya tentang perasaan nya kepada aini. Kerana cintanya yg utuh itu, Yusuf sanggup mengetepikan cadangan ibunya untuk meminang gadis pilihan ibunya.

Yusuf meresa sangat lega apabila dia dia terima masuk ke Univeriti Malaya dia kuala lumpur, secara tidak langsung, dia dapat melarikan dirinya dari terus di paksa ibunya untuk berkahwin dgn pilihan ibunya yg langsung tidak mendapat tempat di hatinya. Mana mungkin ada wanita lain yg dapat bertahta di hati ini, selain Aini. Namun, Semenjak dia menyambung pengajiannya di kuala Lumpur, kehidupan siswa yg terlalu padat, menghalang yusuf untuk berhubungan dgn kekasih hatinya di kampung. Yusuf tidak berpeluang untuk pulang ke kampung, namun dia sempat beberapa kali mengutus surat kepada Aini, tetapi tiada balasan, 3 bulan lamanya dia menanti, namun hampa. kecewa dgn keadaan itu, yusuf hanya mendiamkan diri, dia menganggap Aini mungkin terlalu sibuk mentelaah pelajaran bagi menghadapi SPM dan tidak mahu di ganggu. Selepas itu dia telah berpindah ke kediaman baru dan terlupa untuk memberi tahu keluarganya tentang alamat baru nya itu.

Apabila dia pulang untuk cuti semester pertamanya, dia dikejutkan dgn berita tentnag gadis idamannya telah berpindah ke kota baharu dan lebih malang lagi Aini, gadis yg bercita-cita untuk menjadi jururawat itu tidak dapat mengambil peperiksaan SPM akibat tidak punyai wang melunaskan yuran peperiksaan. Khabar yg di kabarkan oleh adiknya itu benar2 meruntun jiwanya. Betapa peritnya dugaan yg di lalui insan bernama aini, pasti gadis itu sgt kecewa dan yusuf seakan2 dapat merasa kekecewaan itu. Semenjak itu, boleh dikatakan setiap 2 atau 3 hari, yusuf akan ke Bandar kota baharu untuk mencari aini. Dia tidak tahu di mana Aini berada, namun dia tidak pernah putus harapan kerana dia yakin, dgn cintanya yg tulus terhadap gadis itu pasti dia akan bertemu dgn gadis hati nya.

Hari ini, doanya telah di makbulkan tuhan, dia telah berjumpa dgn Aini, tetapi dia merasa aneh bila Aini seakan menjauhkan diri darinya. Dia masih bingung, apa salah nya terhadap Aini, atau mungkin hati Aini telah dicuri lelaki lain. Oh, tidak, dia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku, dia akan mencuba sedaya upaya untuk mengambil kembali hati itu. Itu azam nya.


Bab 2

Loceng berbunyi menanandakan waktu rehat, seperti biasa, Anis dan husna jalan beriringan ke kantin sekolah. Sedar tidak sedar, sudah 2 minggu Anis di sekolah baru nya itu. Dua minggu sudah cukup membuatkan dia dan husna menjadi teman akrab, mereka mempunyai minat dan perangai yg sama. Bagi anis, Husna seorang yg gila seperti dirinya juga namum pelajaran tidak pernah mereka abaikan. Mereka mahu ke universiti bersama-sama, itulah cita2 mereka.

Hari ini, menu utama di kantin sekolah adalah nasi Ayam, menu kegemaran Anis.

‘’Cayalah, hari ni nasi ayam lah Husna, makbul doa aku, lepas kelas matematik tambahan tadi, kepala aku dah weng dah ni, minta2 sgt hari ada nasi ayam, memang layan lah ni’’ dgn pantas Anis mencapai pinggan, husna turut serta.

Sedang mereka asyik menjamah makanan, tiba2, Idham budak Ais batu berdiri teracak di hapadan mereka.

‘’ Anis, Ustazah Ramlah nak jumpa’’ kemudian Idham terus berlalu meninggalkan mereka yg masih terkejut dan terpinga-pinga.

‘’Memang sejuk macam Ais Batu lah si idham tu’’ kata Anis dan Husna mengangguk laju.

’’ Lepas makan ni kau teman aku pergi jumpa ustazah ye, tapi kenapa ustazah nak jumpa aku ni,takut pulak, aku ada buat salah aper2 ke?’’ Tanya Anis, husna hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu sambil tgn menyuap nasi ayam ke mulutnya.

‘’ Assalamualaikum Ustazah, Idham cakap Ustazah nak jumpa saya’’ Anis sudah berdiri di hadapan Ustazah Ramlah.

’’ Ya, saya nak jumpa awak pasal Pertandingan membaca Al-Quran peringkat sekolah minggu depan. Saya Nampak awak berbakat Anis, Jadi saya bercadang mahu awak ambil bahagian dalam pertandingan itu. Nanti ia boleh memberi merit yg boleh membantu awak untuk masuk ke Universiti.’’terang Ustazah Ramlah kepada Anis.

’’ Alah ustazah, saya tak pandai sangat, segan lah, lagipun saya mana biasa mengaji depan org ramai2 ni, nanti suara saya tak nak keluar, saya ni pemalu orangnya’’ jawab Anis malu2.

‘’Aah, pemalu lah sangat si Anis ni ustazah,’’ peril husna pula.

’ Apa yg nak di malukan nanti, pertandingan itu untuk murid perempuan sahaja, kita akan buat di dalam dewan tanpa pelajar lelaki, kan suara kita ni aurat’’. Jelas Ustazah Ramlah lagi, Mungkin Ustazah rasa yg Anis malu untuk mengaji di hadapan murid lelaki.

‘’ Oh , kalau macam tu, boleh lah kot, saya cuba’’ jawab Anis.

’’ Ha, bagus, nanti saya akan berikan surah2 yg boleh dibaca dan tempat serta tarikh pertandingan. Rasanya tidak ada apa2 lagi, awak boleh masuk semula ke kelas, waktu rehat pun dah tamat ni.Terima kasih Anis’’ kata Ustazah Ramlah dgn wajah gembira, dia memang berharap sgt yg Anis akan setuju dgn cadangan nya itu .

’’ Terima kasih Ustazah’’ serentak mereka menjawab dan terus berlalu pergi.

Sewaktu melangkah masuk ke dalam kelas, Cikgu Zul sudah pun memulakan pengajaran Sejarah.

‘’ Anis dan Husna, kenapa lambat masuk kelas ni?’’ Tanya Cikgu Zul dgn wajah yg sedikit tegang.

Cikgu Zul amat terkenal dgn sifat garang dan tegas. Muka Anis sudah bertukar merah, dia malu kerana terlewat masuk ke kelas, semua mata memandang ke arahnya.

‘’ Kami jumpa Ustazah Ramlah tadi cikgu, Maaf kami lambat masuk ke kelas.’’ Husna Menjawab bagi pihak mereka.

‘’ Duduk’’, ringkas arahan Cikgu Zul, barangkali malas untuk memanjangkan kesialapn anak murid nya itu.

Loceng kelas berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, pelajar2 sekolah menengah dato Zulkifli Muhammad berpusu2 keluar dari perkarangan sekolah untuk pulang ke rumah masing2. Seperti biasa Anis menunggu ayahnya dip agar sekolah.

‘’ alah kenapa ayah lambat pulak ni, naik kematu dah kaki tunggu ni’’ bisik Anis.

Anis memerhatikan kawasan sekolah itu, ramai pelajar telah pulang yg tinggal beberapa rg murid yg sedang menanti di pondok rehat , mungkin mereka juga sepertinya, mennggu untuk di jemput. Tiba-tiba, mata anis terlihat susuk tubuh yg sedang berdiri di belakang blok surau.

Eh, itu macam idham, apa yg dia buat tu, idham ni misteri betul lah, dah lah tak ramai kawan, asyik duduk sorang2, ade masalah ke dia ni, mental mungkin?..iskh, takut pulak aku, mana ayah ni, cepat lah datang.’ Bebel Anis sendirian.

Anis sudah menghalakan pandangan nya ke arah jalan. Tanpa dia sedari, satu suara berdehem di belakang nya.

‘’ Mak ko, aku terkejut’’ latah Anis sambil mengurut dadanya.

‘Ya Alah, masib baik aku tak gol, ni kes Ais batu sgt dah ni, beri salam pun tak reti.’

’’ Maaf, Anis terkejut? Saya tak sengaja. Anis tunggu ayah ye, lambat pulak ayah Anis datang hari ni. Bahaya anis duduk sorang2 dekat sini, budak lain semua dah balik. Kalau Anis tak kisah, idham boleh tolong duduk teman Anis, tapi Idham duduk dekat hujung sana lah, takut ayah Anis marah pulak Nampak budak lelaki dgn Anis.’’ Kata idham tanpa memandang wajah Anis, malu barangkali.

‘ Tahu pulak Ais batu ni hari ni ayah aku datang lambat, dia spy aku ke hari2, iskh, perasan lah kau Anis, aper kau ingat Idham tu tak de kerja lain.’ Gumam anis di dalam hati sambil tersenyum.

‘’Kenapa Anis senyum, saya buat lawak ke? saya memang sungguh-sungguh nak teman Anis ni, bukan main-main, ke muka saya Nampak macam badut, Anis, saya tak biasa cakap dgn perempuan , itu yg muka pun tak boleh nak control, saya malu sebenarnya.’’ jawab Idham perlahan.

‘’ Tak-tak, tak lawak pun, boleh aje kalau awak nak teman, kalau awak tak cakap nak duduk jauh pun, saya akan suruh awak duduk jauh2, mana boleh duduk dekat2 masa org tak de ni, bahaya!’’ jawab Anis sambil tersenyum.

Idham hanya tersenyum mendengar kata-kata Anis.

’’ Ok, saya tunggu pergi tunggu dekat sana ye. Assalamualaikum.’’

‘’Walaikumsalam’’ jawab Anis ringkas.

Anis menghantar Idham dengan perasaan yg senang, Idham yg selama ini hanya membatukan diri apabila terserempak dgn nya rupanya seorang yg baik hati dan peramah. Anis tersenyum sendirian.

About this blog

Hasil penulisan Di dalam blog ini ada lah Hak Mutlak Novelsuri, sebarang percetakan dalam apa jua bentuk yg tidak mendapat kebenaran pihak Novelsuri adalah tidak di benarkan sama sekali dan tindakan undang2 akan diambil. Harap Maklum.
Powered by Blogger.

Pembaca

Diri ini

My photo
A simple mom ( housewife, active homeschooling, mom of four lovable kiddos and ex doctor)...

Sungguh Aku cinta

Itulah Cinta

Cinta Aini