Bab 1

‘’Aini..bangun lah..pergi tarik lembu tu…dah petang ni’’ panggil mek yang sedang mengambil air perigi…Aini masih lagi terpisat2 mengesat mata nya masih kabur…’ oh, tertidur rupanya’ dengan malas aini bangun dari hamparan tikar mengkuag petak2 kecil itu…argh…masih terrasa lesu badan selepas seharian memungut tembakau di ladang tembakau milik mek.

Kenapalah lembu ni tak reti nak balik sendiri?...hari2 mesti kena hantar dan kena jemput…manja sungguh.. rungut Aini sambil menyarung selipar getah hijau yang telah lusuh.

Lembu milik mek sebanyak 2 ekor, yang lain telah di jual untuk raya haji bulan lepas. Aini perlu menhantar lembu2 tersebut untuk makan setiap pagi ke padang sekolah berhampiran rumah nya dan sebelum senja dia perlu mengambil kembali lembu2 tersebut. Selalunya Aini akan pergi berseorangan untuk mengambil lembu2 itu ,tapi hari ini Aini mahu mengajak Najmi sepupuya untuk menemankan dia kerana selepas itu Aini bercadang hendak ke pantai untuk mengutip siput dan remis.

‘’Weh, mie mari lah ikut aku pergi pantai, kite pergi kutip siput dah lama tak makan siput sedut ni’’ Tanya Aini pada sepupunya yang asyik mengait buah cermai. ‘’Nak! ‘’Pekik Najmi bila di sebut tentang siput sedut, dah lama dia mahu pergi…tapi tak de teman nak ajak sekali, alang2 Aini dah ajak ni..macam mengantuk di sorong bantal lah. Aini tersenyum senang..’’Dah, berhentilah kait cermai tu, kamu nak mandi dengan buah ni ke..sampai banyak macam tu kamu kait mie?’’ peril Aini geram kerana najmi masih sibuk mengait.’’ Alah, mak aku nak ni..nak buat jeruk katanya, jap.aku nak kasi tahu mak yg aku nak pergi pantai, kang dia marah…aku takut’’ terkocoh2 najmi mengakat baldi yg penuh berisi buat cermai sambil membetulkan pengikat rambut nya yg hampir melorot jatuh.

Bagi Aini, najmi lah satu2 nya sepupu nya rapat dengan nya, yg selalu mahu bermain dengan nya, tidak seperti sepupunya yang lain, mereka menganggap Aini sebagai budak miskin yg di buang ibu dan bapa hingga terpaksa menumpang hidup bersama mek di kampung. Namun Aini tidak pernah ambil pusing tentang keadaan malang diri nya, bagi nya dapat makan dan tidor pun sudah cukup walupun terpaksa tidur diatas tikar lusuh dan berteman kan bantal yg tidak tahu berapa lama dah usianya. Tiada khabar dari ibu dan bapa nya sejak ibunya meninggalkan dia di rumah itu 14 tahun yg lalu, waktu itu dia baru berusia 3 tahun, yang dia tahu, ibunya telah berkahwin lain sama juga dengan bapanya. Mereka mempunyai hala tuju hidup yg berbeza dan mereka tidak mahu dirinya termasuk dalam hidup baru mereka mungkin kerana itu dia di hantar ke sini.