Bab 1

Semua bangun

’’Assalmualikum dan Selamat pagi cikgu’’

serentak seluruh kelas Ibnu Sinna memberi ucap salam kepada Cikgu Osman yg akan memulakan kelas bahasa Malaysia untuk hari ini.

‘’Waalaikumsalam dan selamat pagi, sila duduk’’ ringkas jawpan cikgu Osman.

Namun hari ini amat berbeza dari hari-hari yg lain. Hari ini Cikgu Osman berdiri bersama seorang budak perempuan baru. Semua pelajar didalam kelas hari ini tertumpu pada pendatang baru itu dan yang pasti semua ternanti-nanti sessi pengenalan diri oleh cikgu osman.

‘’Baik murid-murid, kita ada mendapat pelajar baru, nama nya Anis Suraya Ahmad Syakir berasal dari Kuala Lumpur’’.

Dari belakang kelas terdengar jeritan nakal Hisyam

’’ Alamak ..awek cun dari KL lah weh…gile cun nih…

Anis..kerusi sebelah saya kosong ni..jangan malu-malu…’’ usikan Hisyam itu di sambut dengan sorakan murid-murid yg lain.

‘Aik, berani pulak mamat ni usik aku depan cikgu ni, boleh tahan budak kat kampung ni, igt budak kampung jenis malu2,silap kanmpung aku pindah ni. Nasib baik aku budak baru, kalau tidak dah lama kena cepuk budak gengster kampung balun ni.’

Omel Anis dalam hati.

Namun Anis hanya memberikan senyuman ala2 menyampah yg terpaksa dimaniskan kepada murid kelas baru itu.Dia tidak mahu di cop sebagai budak sombong pula nanti.

‘’hai anis, saya Husna, salam perkenalan. Awak jgn layan sangat budak lelaki bising tu, nama dia hisyam, dia memang weng sikit.’’ Nasihat Husna pada kawan barunya itu.

Anis membalas salam Husna sambil tersenyum.

‘’ nasib baik sebelah husna kosong, kalau tidak, Anis kena duduk sebelah budak hisyam tu, alamat melompat2 lah si hisyam tu keseronokan ade awek duduk sebelah dia, ialah, sekarang duduk sorang pun dah kalah kera perangainye.’’ Sambung husna lagi.

Anis sudah tergelak-gelak mendengar bebelan husna.

‘peramahnye husna ni, dia belum tahu aku ni lagi peramah,nanti mesti dia pengsan nak melayan, kan nama lain aku masa dekat sekolah dulu joyah sport’ bisik hati Anis sambil tersenyum.

Cikgu Osman sedang khusyuk mengajar kelas bahasa Malaysia di hadapan, Anis memandang sekitar kelas itu,

‘padat juga kelas ni. Ramai perempuan dari lelaki,’

Sedang asyik anis meninjau- ninjau kelas itu, mata anis terpaku kepada seorang budak lelaki yg duduk 4 meja dari dirinya.

‘’Alamak hensem lah mamat ni, Nampak muka baik aje.’

Budak lelaki itu sedang asyik menulis sesuatu di atas kertas besar di hadapan nya.

’ Eh khusyuk nya dia, tapi dia tu tak Nampak macam menulis pun, Nampak macam dok tengah melukis, iskh, apa yg dia lukis tu, tak takut cikgu Osman Nampak ke tu’ desis hati Anis.

Sesekali anis dapat lihat yg pelajar itu sedang memandang kearah nya. Anis hanya tersenyum bila mata mereka bertemu. Namun lamunan Anis tidak panjang. Tiba2, cikgu Osman memanggil nama seseorang.

’’ Idham, awak buat apa tu?, menulis ke melukis?’’

Budak lelaki tadi cepat menyorokkan kerja nya dan berpura2 sedang membuat kerja lain.

‘’ idham, saya tahu awak minat melukis, tetapi sekarang mata pelajaran bahasa Malaysia, sila berikan tumpuan’’ sambung cikgu Osman lagi.

’’ Baik Cikgu’’ jawab idham.

‘‘Oh, nama dia idham ke’’ tanpa sedar anis bersuara dan didengari oleh husna.

‘’ aah, nama dia idham, hensem kan? Kenapa anis minat ke?, dia tu tak de awek dan jenis pendiam, kerja dia melukis aje, kitorang panggil dia ais batu, sebab sejuk dingin aje, macam takde perasaan terutama pada org perempuan, itu yg tak de awek tu.’’ Panjang lebar terang husna.

’’ Minat? Mana ada, Ais Batu? Kejam nya gelaran. Kesian dia’, tapi memang Nampak sejuk dingin pun,saying pulak, iya lah kan, muka boleh tahan tapi takde perasaan’’jawab husna dgn rasa simpati.

‘’ itu lah kan. Anis cikgu osman pandang tu, cepat buat kerja, karang kena marah, Cikgu osman ni ada mata dan telinga superman, itu semua dia boleh Nampak dan dgr’’. Pesan Husna sambil menulis Sesuatu di dalam buku kerja nya.