Bab 1

‘’Woi Dila..pekak ke?...dah kematu anak tekak aku ni panggil nama ko, ko nak makan ke tidak ni?’’ Merah padam muka Akma menahan panas matahari sambil berdiri terpacak depan blok asrama tun Fatimah.

Dia baru pulang dari bermain bola jaring bersama leha, ikut kan hati mahu terus ke café untuk beli makan tengah hari, namun terpaksa di bantutkan niat itu bila dia teringat akan janji nya dengan akma mahu makan tengah hari bersama. Seperti biasa akma pasti sedang lena. Dia memang terkenal dgn sifat suka tidurnya itu dan penyakit itu selalu menysahkan diri akma kerana dia terpaksa menjadi ‘’jam loceng’’ bagi mengejutkan dila untuk ke pergi ke kuliah.

’’ Aaaa, kejap-kejap…aku nak turun lah ni…kecoh lah ko akma….’’ Terdengar jeritan balas akma dari tingkap bilik. Hish…aku dah kebulur dah ni…minah ni buat spoil lah. Kalau aku tahu macam ni punya lambat,tak de nya aku nak janji makan ngan si dila,dia ni kalau membuta,memang boleh buta mata aku tengok,tidak ada kerja lain lah, akma merungut sendirian smbil memegang perut nya yang sedari tadi asyik menyanyi minta di isi.

‘’Hah, jom..ko tunggu apa lagi, kata dah kematu tekak ko tu haaa, jom lah kita cari makanan, bagi cair semua kematu tu, kau ni..kalau bab makan, mesti on time…makan dah lah banyak, boleh di panggil melantak kalau tengok cara ko makan..hish..tapi badan tak naik2 juga..’’ bebel dila sambil membetul kan ikatan rambut nya.

Akma hanya tersengeh memandang dila, di cepat kan langkah nya, dia mesti sampai ke café sekarang, sudah tidak mampu menahan gelisah perut nya lagi.

‘’Alah, ramai lah orang, ni ko lah ni..lambat…ni mahu bertahun beratur ni’’ rungut akma sambil kening nya berkerut2 melihat deretan mahasiswi yg menunggu giliran untuk membuat bayaran.

’’ Kita makan dekat luar lah hari ni, nak?, lagi pun hari ni kan cuti, duit pun baru masuk minggu lepas..makan besar lah sikit.’’ Dila memandang akma dengan pandangan penuh makna

‘nak suruh aku belanja lah tu’ bisik akma di dalam hati.

Dia tahu sgt perangai dila ni. Anak org kaya tapi kedekut.

‘’ I yer lah tu…ko nak pau aku ye?’’ jelling akma pada dila. Dila sengeh sambil menggeleng laju

’’ Mana ada..tak baik ko…ok2…kali ni aku belanja, ayah aku baru masukkan duit semalam’’. Terdengar perkataan belanja, akma mengangguk laju.

’bukan selalu minah kaya ni nak keluar duit,’ akma tersenyum riang.

’ selamat duit aku’. Bisik akma lagi.

Kereta kelisa merah milik Akma masuk ke ruang pakir Jasco Taman universiti.

’’ Hish , tak de parking?. Ni yang aku malas ni. Dila tengok2 kan, kalau2 ada org keluar, apa lah diorang semua ni..kata membeli belah..dah beli2 tu blah lah…ni tak blah2…’’ dila teresenyum mendengar bebelan akma.

’ Betul jugak kan..kata membeli belah…beli2..pastu blah…bijak jugak dia ni’ .Mata dila masih mencari parking.

’ Haaa tu ada satu.. cepat2, nanti org masuk’’.

Pantas akma memusing stering kereta nya dan menekan minyak, sewaktu dia membelok masuk tiba2.

Dum!

‘aduh, mampus aku…macam mana aku boleh tak perasan ade kereta kat depan ni’.

Rungut akma sambil menepuk2 dahi nya.dan bertambah malang lagi, tuan punya kereta itu lelaki dan mukanya Nampak marah kecut perut akma melihat muka lelaki itu. namun nasi sudah menjadi bubur. Dia dah pun melanggar kereta Perdana V6 milik lelaki itu.

’’ Akma, relex2, aku boleh uruskan ini. Ko buat muka sedih, tak sengaja dan sweet ko tu. Biar aku yg cakap okay’’ kata dila sambil membuka pintu kereta.

‘wah..cool nya dila, mesti nampak sgt aku cuak ni , sayang jugak dia dekat aku’ akma menurut sahaja, lagi pun dia memang tengah takut.

Tak mahu tunjuk bagus, sebab memang salah dia.

‘’Hey, kawan you tu buta ke?...tak Nampak kereta aku ni, yang masuk ikut suka apa hal?...ni dah kemik dah ni…ni kurang-kurang 3-4 ratus..sapa nak bayar ni?”

Marah lelaki itu, kaca mata hitam nya di tanggal kan

’ nasib baik hensem mamat ni, kalau tidak dah lama aku bambu’ getus dila dalam hati.

’’ Relex lah brother, jgn marah2 macam ni. ..you bagi je contact number, nanti I contact lah you, you kasi tahu lah berapa. I bayar, jgn bising2….tak cool lah’’

Tiba2 akma bersuara, hilang semua rasa takut tadi, terbang entah kemana, di dalam hati nya terasa panas mendengar makian lelaki itu. Tidak!. Dia tidak mahu kalah dengan lelaki ini.

‘Aik berani betul budak nih’, getus hati Norman.

‘Jarang lah aku jumpa budak perempuan garang ni, dah lah salah dia, nak tunjuk garang pulak, nasib baik comel macam anak patung. Kalau tidak dah selamat dah aku picit minah garang ni.’

‘’Apa lagi brother, tadi marah2 berapi macam karakatoa nak meletup…ini keras macam kayu pulak tengok orang apa pasal?’’ akma semakin berani bila lelaki di hadapan nya seumpama di sumpah menjadi kayu, keras dan tak bersuara.

‘Aik, naik tocang pulak minah ni, ini tak boleh jadi ni, jatuh ego hensem aku, engkau kena cool Norman. Kasi cover line sikit, itu lah sedap menelek muka awek ni sangat, padan muka.’ monolog Norman lagi.

‘’Adik comel, abang bukan apa, terkejut je tadi, yang adik bawak kereta macam mata letak dekat lutut tu kenapa, panas jugak lah hati abang tadi. Tak pe lah adik. Ini kad abang. Dan abang nak minta nombor telefon adik ni, senang nak contact nanti, boleh?’’

‘La, baik pulak brother ni, tadi kemain nak meletop’.desis hati akma.

‘Baik ko bersyukur, kang dia marah balik, kecut kau.’

‘’ Ok, ini nombor telefon saya, nama saya akma, maaf lah brother, erm…?’’ akma memandang wajah lelaki di hadapan nya

‘’ Norman’’ ‘’ haa , iyer… brother Norman…nanti bila call saya untuk minta duit repair kereta ni ya’’.

Selesai perbincangan. Masing meminta diri untuk meneruskan urusan masing. Akma dan Dila terus masuk ke ruang makan Jusco untuk mengisi perut mereka yg sedari tadi berlagu keronchong jawa.