Bab 6


Norman, Norman!, Apa pendapa kamu dengan project baru kita bersama syarikat TiomanJaya? tanya Datuk Kadeer kepada Norman. Namun di sahut dengan senyuman simpul Norman yang mana Datuk Kadeeer tahu bukan dari soalan dia tadi.


Norman!


"Eh, Ya Ayah, Kenapa? ayah dahaga? "


"Dahaga? , kenapa kamu ni Norman?, Ayah nampak macam kamu ni tidak berapa fokus sejak 2 -3 minggu ni, ada project yang ada masalah ke?"


"Tiada apa ayah, saya cuma ada masalah kecil sahaja, dalam proses untuk di selesaikan, ayah jangan risau, semua project berkaitan syarikat kita masih dalam keadaan baik" , cuma masalah aku nak jumpa Akma ni sahaja yang belum selesai, 3 minggu buat perancangan, masih belum nampak sinar, haih, rasa lebih susah dari nak dapatkan tender project perlabuhan di Tioman!. Gumam hati Norman.


"Haa, alang2 kamu dah memang ada di sini, ayah ada nak bawa kamu jumpa anak kawan ayah, kamu ingat uncle Rumin? "


" Uncle Rumin dari indonesia tu? Ingat, kenapa ayah? anak dia Rina nak masuk internship di syarikat kita? tiada kekosongan ayah, lagi pun saya tak nak handle budak macam Rina ayah, kerja nya layan lagu korea sahaja, tak jadi kerja nanti. "


Norman mengerutkan kepala nya, terbayang2 muka berkilat terlebih fondation Rina yang tak habis2 menyanyikan lagu kpop sambil menggayakan tarian nya sekali. Macam mana budak begini mahu di terima sebagai intern di syarikat nya. Memang meletup lah kepala Norman yang cukup tidak suka melengah lengah kan kerja syarikat. 


" Eh, bukan untuk intership, Uncle Rumin datang holiday di Malaysia, jadi dia ajak makan malam di rumah nya di Subang Jaya, ayah dah lama tak jumpa dia, dan ayah tahu anak dia cantik. Mana tahu sesuai untuk kamu Norman, dengar nya dia sudah habis belajar di Korea dan sekarang sedang mencari kerja sementara sebelum dia ambil alih syarikat Uncle Rumin."


Mendengar kata kata ayah nya tentang Rina mahu di jodoh kan dengan diri nya, Norman hampir tersedak air liur nya sendiri, ini cadangan gila. 


Terus dia teringat kepada wajah anak patung gadis UTM yang menghantui minda Norman selamat 3 minggu.


Cadangan ayah nya perlu di cantas sebelum parah!


" Rina dengan norman ayah?, tak nak lah ayah, Rina nampak macam budak darjah 6 ayah!, Norman dah 32, tak sesuai, lagi pun, Norman tidak suka Kpop ayah, Norman terlalu tua untuk layan budak perempuan yang suka Kpop."


"Kamu ni Norman, dia suka Kpop sebelum lepas SPM, dah 4 tahun dah dia pergi Korea belajar, takkan dah umur 23, dia masih sukakan Kpop"


Oh, ayah ku Datuk Kadeer terlalu naive! Kpop adalah penyakit yg tiada ubatnya!


" Ayah, dia ke korea sebab nak layah Kpop dan jumpa artist di sana" norman sudah buat muka bosan nya. 


" Kamu ikut dulu dinner, tengok sendiri Rini mcam mana " jawab Datuk Kadeer


" Rina ayah, Rina "


" oh, Rina, jumpa dulu Norman, nanti kita bincang balik " 


Datuk Kadeer bangun dan berlalu keluar meninggal kan Norman terkapar2 memikirkan rangcangan baru misi untuk bertemu Akma sebelum mata nya di cemari wajah Rina nanti.


'Mungkin aku ikut balik plan asal aku, plan supaya akma langgar kereta aku sekali lagi' fikir Norman


tiba2 Norman rasa yang plan itu bernas.


" Epol, bawa kan perdana ambil saya, nanti awak bawa balik audi ya, saya nak keluar dengan perdana " kata Norman sebelum turun bagi melaksanakan rancangan nya tadi.


'Akma, kita jumpa lagi!'