bab 4

Anis suraya, nama seindah wajah mu, idham memejamkan matanya, di luar terdengar tangisan adik

bongsunya dan suara pujukan ibu, adik lapar barangkali, ayah telah lama keluar, itu rutin harian orang

tua yang satu itu, kalau tidak ke kedai kopi, ke rumah usang belakang sekolah itu untuk berjudi, ayah,

entah bila akan berubah.


kalau ikutkan hati, idham sudah malas mahu ke sekolah, dia mahu bekerja,mahu menjadi pelukis, mahu

menolong ibu, tetapi ibu masih berkeras mahu dia belajar, merubah nasib keluarga, dia sudah tidak

nampak jalan keluar bagi keluarga malang nya, dia hanya nampak kerja, kerja boleh memberikanya

duit segera, ibu perlu di tolong, adik perlu di bei makan dan ayah, ayah kadangkala terlalu kejam.

idham memejam rapat kembali matanya.

gadis itu pemberi semangat baru kepadanya, dia semakin rajin ke sekolah, bukan untuk belajar, tetapi

untuk menenangkan jiwa, gadis berlesung pipit itu ibarat dadah, sentiasa membuatkan jiwa nya tenang

 tanpa masalah. pena dan kertas tenpat dia meluahkan rasa, melakar anugerah ciptaan tuhan yang

sungguh sempurna di matanya. Anis suraya.

Anis melipat kembali surat dari peminat misteri itu, di selitkan di dalam buku kimia, sambil tersenyum,

anis mula berfikir, 'siapalah agaknya kan, ish, ini bahaya ni, nanti terganggu kosentrasi aku nak study,

SPM dah dekat sangat.' lantas cepat2 dia melelapkan mata, husna telah lama pulang ke rumah, esok

hari jumaat, anis perlu berjumpa dengan ustazah untuk berlatih membaca Al-quran, pertandingan

membaca Alquran peringkat sekolah akan berlangsung minggu hadapan.