bab 4
Anis suraya, nama seindah wajah mu, idham memejamkan matanya, di luar terdengar tangisan adik
bongsunya dan suara pujukan ibu, adik lapar barangkali, ayah telah lama keluar, itu rutin harian orang
tua yang satu itu, kalau tidak ke kedai kopi, ke rumah usang belakang sekolah itu untuk berjudi, ayah,
entah bila akan berubah.
kalau ikutkan hati, idham sudah malas mahu ke sekolah, dia mahu bekerja,mahu menjadi pelukis, mahu
menolong ibu, tetapi ibu masih berkeras mahu dia belajar, merubah nasib keluarga, dia sudah tidak
nampak jalan keluar bagi keluarga malang nya, dia hanya nampak kerja, kerja boleh memberikanya
duit segera, ibu perlu di tolong, adik perlu di bei makan dan ayah, ayah kadangkala terlalu kejam.
idham memejam rapat kembali matanya.
gadis itu pemberi semangat baru kepadanya, dia semakin rajin ke sekolah, bukan untuk belajar, tetapi
untuk menenangkan jiwa, gadis berlesung pipit itu ibarat dadah, sentiasa membuatkan jiwa nya tenang
tanpa masalah. pena dan kertas tenpat dia meluahkan rasa, melakar anugerah ciptaan tuhan yang
sungguh sempurna di matanya. Anis suraya.
Anis melipat kembali surat dari peminat misteri itu, di selitkan di dalam buku kimia, sambil tersenyum,
anis mula berfikir, 'siapalah agaknya kan, ish, ini bahaya ni, nanti terganggu kosentrasi aku nak study,
SPM dah dekat sangat.' lantas cepat2 dia melelapkan mata, husna telah lama pulang ke rumah, esok
hari jumaat, anis perlu berjumpa dengan ustazah untuk berlatih membaca Al-quran, pertandingan
membaca Alquran peringkat sekolah akan berlangsung minggu hadapan.
Bab 5
Akma pulang ke kolej dgn perasaan yg sedikit gusar..''adoi...memang aku tak gemar betul dgn 'last
word' mamat kereta tu...dukan kali terakhir?...aper ada hati nak aku langgar kereta dia lagi ke?'' dilla yg
telah merebahkan diri ke katil sempat menoleh ke wajah akma, ''apahal yang kau macam ayam berak
kapur ni akma?, teringat abg eh, mamat kereta ke?, aku tahu lah dia handsome, kenapa dah minat?''
pantas saja akma berpaling pada dilla,'' eh, kau jgn macam-macam dilla, aku tak suka lah, kau pun tahu
aku ni mana boleh main cintan cintun ni, aku di larang dan aku sendiri tak minat!'' dilla hanya tesengeh,
wajah bengis puan maimun menjelma di ruang mata nya, 'iskh ngeri' bungkam hati dilla.
Norman sedang bersandar di sofa empuk di ruang tamu milik keluarganya. mata nya tepat memandang
kipas yang berputar laju, selaju fikirannya memikirkan wajah comel milik gadis kolej yang keanak-
anakan itu.' macam mana nak jumpa lagi awek ni, walaupun baru aje jumpa, tapi nak jumpa lagi,
macam mana nak buat, boleh tak kalau aku buat2 dia langgar kereta aku lagi?'' Norman tersenyum
sendiri, 'bernas!' terus dia bangun sambil mencapai kunci keretanya, bukan untuk mencari akma, bukan,
itu kerja kurang bernas, dia hanya mahu ke bilik mandi, maghrib sudah mahu habis!.