Bab 3

Idham memandang Anis yg sedang masuk ke kereta ayah nya utnk pulang kerumah. Namun dia masih setia di situ, hati nya senang berada di belakang surau sekolh itu, ini tempat dia meluahkan ilham, ini tempat dai untuk melakarkan jiwanya. Tgn idham masih lagi lincah melakar sesuatu ki kerta putih itu, sesekali dia berhenti melihat hasil tgn emasnya, dan dia tersenyum.

‘’ Akan ku lakarkan wajah cinta ini untuk kekal abadi di hati’’ bisik Idham sendirian.

Anis memandang idham dari dalam kereta yg meluncur laju.

‘idham sgt suka melukis, dia masih melukis walau semua org telah pulang ke rumah, apa yg kau lukis tu idham sampai tersenyum sorang2’ gumam Anis di dalam hatinya.

Malam itu, Husna berjanji mahu dating kerumahnya untuk belajar bersama. Anis hanya tinggal bersama adiknya Alia, Ayah seorang bapa tunggal nya telah lama keluar katanya ada urusan penting. Anis malas mahu ambil pusing tentnag urusan ayahnya kerana semenjak Ayahnya berpisah dgn ibunya, ayahnya sering mennyibukkan diri dengan urusan luar, mungkin kerana mahu melupakan peristiwa sedih itu. Ibunya kini telah berkahwin dengan lelaki kaya yg menetap di Johor, dari apa yg Anis tahu, mereka tidak di kurniakan cahaya mata setelah 4 tahun bersama. Semenjak itu, ibunya mula menghubungi ayahnya tentang perihal hak penjagaan mereka berdua. Anis merasa terkilan dgn perlakuan ibunya, kerana sepanjang 4 tahun itu, tidak sekali pun dia menunjukkan kasih sayang terhadap anak2 yg di tinggal kan kepada ayah, namum apabila dia sudah besar dan semakin rapat bersama ayah nya, ibunya mahu kan hak penjagaan kembali. Ayahnya sanggup tidak berkahwin semata2 mahu menjadi mereka 2 beradik, tidakkah ibu Nampak semua itu?. Fikir Anis.

Loceng rumahnya berbunyi.

‘’ Ha, sampai pun kau husna, aku ingat tadi tak jadi’’ kata Anis sambil membuka pintu pagar rumahnya.

‘’ mana pulak tak jadi, aku malas nak study sorang, study denga kau baru best’’ jawab husna sambil menggalas beg sandang di bahu.

’’ Sebelum aku lupa, ini, ada org pass dekat aku masa aku nak naik bas tadi, surat untuk kau’’ Husna menghulurkan sepucuk surat bersampul biru dengan namanya.

‘’siapa bagi? Tanya Anis, lantas menyimpan surat itu di dalam buku.

‘’ entah, budak junior yg kasi, dia kata ada abg bagi, eh kau tak nak bukak ke surat tu, boleh aku tahu siapa yg bagi’’ cadang husna dengan wajah menyusik.

’’ alah husana, malu lah , nanti aku kasi tahu kau ye’’ jawab Anis dgn wajah kemerahan.

Husna hanya tersenyum, dia faham dgn sifat rakanya nya perahsia, namun dia tidak ereasa tersinggung, walaupun mereka kawan karib, namun tidak semua rahsia perlu di kongsi bersama.

‘’ Dah, jom study, SPM dah tak lama ni’’ Kata husna sambil menepuk bahu rakan karibnya.

Mereka perlu mendapat keputusan yg cemerlang, kerana mereka ada cita2, Mereka mahu ke menara gading bersama.

Selesai solat isyak, Anis mereakan dirinya ke atas katil, Alia sudah lama lelap di buai mimpi, sesekali terdengar dengkuran halis dari katil adiknya itu. Anis tersenyum sendirian, dia teringat akan surat yg diberi olah husna tadi, dengan pantas Anis mengambil surat itu, dia masih tertanya-tanya siapalah gerangan yg mengutuskan surat itu kepadaya. Anis mengeluarkan isi surat itu,

’ oh cantiknya,’ potriat wajah nya yg sedang tersenyum yg menampakkan sepasang lesung pipit di pipinya.

‘Cantik dan halus hasil lukisan itu’ bisik hatinya,

serta merta anis terbayangkan wajah idham.

’’ Takkan lah idham yg lukis, bila masa pulak aku pernah senyum macam ni depan dia, alah lagipun bukan dia sorang aje yg pandai melukis dekat sekolah tu.’’ Bicara Anis sendirian.

Sampul itu di belek lagi, tidak ada surat, kemudian Anis membelek kertas lukisan itu, di belakang lukisan itu tertera

‘’ Anis Suraya, senyum mu inspirasiku’’ .anis tersenyum lagi. ‘’ boleh tahan jiwang budak yg lukis ni, mustahil lah si idham Ais batu tu, keras sejuk macam tu mana tahu jiwang2 ni. Fikir Anis lagi.