Bab 2

‘’marilah, kamu menung ape tu?...ingat kat Abang yusuf ke?’’ usik najmi nakal..’’ aah Iyer lah tu…buat apa lah aku nak igt dekat dia tu …’’ jawab Aini pantas..’’ I yer ke ni, dah lama aku tak Nampak abang yusuf tu, tak balik kampung ke dia? Ada dia hantar surat pada kau?.’’ Tanya najmi sambil tangan nya memintal hujung rambut ‘’Entah, dah lama juga dia tak hantar surat, alah buat apalah dia nak hantar surat pada aku ni, dia dah duduk Bandar, mana nak igt pada kita budak kampung ni’’ jawab Aini sedikit merajuk, hati Aini rasa tersinggung dengan sikap abg Yusuf yang sudah lama tidak mengutuskan surat pada nya semenjak dia menyambung pengajian di Kuala Lumpur. Jika tidak, rumah hanya di kampung sebelah masih mahu menutus surat berstem.’’mesti dia sibuk tu, takkan lah dia lupa pada buah hati dia yg cun ni’’ usik najmi sambil mencuit pipi Aini. Merah muka aini di usik begitu lantas Aini menarik tangan najmi untuk mampercepatkan langkah, hari sudah semakin senja, dia tidak mahu lewat pulang , bimbang mek akan marah kerana dia bawa anak dara kesayangannya hingga leawt senja. Namun hati Aini masih tertanya2, sibuk kah dia, atau sudah lupa pada dirinya yg setia menanti.

Abang Yusuf, tergambar wajah tampan yang tidak lokek dengan senyuman. Terkenang awal perkenalan yg tidak dirangcang 2 tahun yg lalu, waktu itu aini sedang sibuk menyiapkan lukisan dinding sekolah bersama pelajar tingkatan 3 yang lain. Tiba2 datang seorang pelajar senior lelaki yg memakai uniform pengawas memerhatiakn cara kami melukis. Mungkin dia kagum melihat bakat Aini melukis gambar pemandangan itu, sambil tersenyum dia bertanya’’ cantik nya, adik memang pandai melukis ke?, adik dari kelas mana? Nama siapa?’’ masih lagi tersenyum memandang Aini. ‘Alamak hensem nye abg ni’ puji aini di dalam hati. ‘’aini, dari kelas 3 bendahara’ jawab aini ringkas, namun tanpa aini sedari, Budak lelaki itu juga curi2 memandang wajah aini.’Ayu dan cantik nya budak ni, kenapa aku tak pernah tengok sebelum ni. Wajah bujur sirih aini di sapa lagi.’ Oh..aku suka’ tanpa sedar , senyuman Yusuf semakin meleret, Aini yang perasan akan senyuman lelaki itu turut tersenyum.