Bab 5

Sudah seminggu Aini menunggu surat balas dari Abang Yusuf namun tidak kunjung tiba dan seminggu bererti tamat tempoh baginya untuk membayar yuran peperiksaan SPM. Semalam sewaktu pergi berjumpa cikgu Othman untuk memberitahu tentang perkara itu, Aini rasa bagai ingin merayu lagi untuk meminta tempoh sehingga dia dapat mengumpul wang yuran tersebut. Dia benar2 mahu mengambil peperiksaan tersebut, dia mahu menjadi jururawat, namun dia sedar, mana mungkin dia dapat mengumpul sejumlah wang dalam masa yg singkat, pokok tembakau di lading mek lagi 3 minggu baru boleh di jual dan hasil nya belum tentu cukup.

Dari saat itu, dia tahu, dia perlu menguburkan sahaja cita2 nya. Hati nya pilu. Namun dia tidak punya bahu untuk bersandar dan mengadu nasib, dia harus telan semua ini dengan mata yg di pejam rapat2, walaupun perit, itu kenyataannya. ‘’Ah, tak pa lah, bukan mati pun tak boleh amik periksa, aku boleh kerja lain, tak jadi jururawat pun tak pa, tak pakai topi putih tu pun tak apa’’ kata aini sambil duduk mengadap pandai kandis yg ombaknya seakan merasai kekecawaan yg melanda hati nya.

‘’Abang yusuf, kenapa abang tak balas surat Aini?, Aini tunggu, hari2 Aini tunggu’’ bisik Aini sambil tangan nya menguis2 pasir pantai. ‘’Sampai hati abang yusuf, kalau abang tak de duit pun, balas lah surat Aini’’ rintih Aini lagi. Aini terbayang wajah mek, Najmi, lembut serta ladang tembakau milik mek, ‘’ sampai bila aku mesti macam ni, aku perlu berubah, aku mesti keluar dari tempat ini, aku tidak mahu terus menumpang org lain untuk hidup, aku boleh berdikari, hidup sendiri, aku mesti keluar, ya, aku mesti pergi dari sini, tapi ke mana?’ bicara Aini sendirian. Namun azam itu tidak berkubur, ia terus terusan membakar semangat Aini, pasti suatu hari nanti akan terbuka jalan itu. Aini pasti.

Kini telah genab 3 bulan Aini tinggal bersama makcik yah anak saudara Mek di kota baharu. Selepas dia berhenti sekolah setelah gagal mengambil peperiksaan SPM, makcik yah ada pulang ke kampung untuk bercuti. Ketika itu dia sedang sarat mengandungkan anaknya yg ke 3. Dia ada menyatakan hasrat kepada mek untuk mengambil Aini tinggal bersama dia di kota baharu memandangkan dia sedang sarat dan memerlukan org untuk membantu nya di rumah.Pada mulanya mek agak keberatan, katanya tidak ada org mahu menolongnya di ladang tembakau, namun bila Makcik yah mula memujuknya dan Aini sendiri menyatakan minat untuk pergi, mek akhirnya mengalah.