‘’Wah, boleh tahan berani kau lawan mamat tadi tu Akma. Mula2 aku tengok muka kau macam nak pengsan aje, tup2 kau pulak yg take over. Ke kau Nampak mamat tu hensem yg kau jadi berani tu?’’ usik Dila.

Akma yg sedari tadi tengh khusyuk menyuap mee goreng kedalam mulut nye hampir tersedak dek usikan Dila tadi.

’’ Banyak lah ko punya hensem, aku bengang dia main maki ko macamtu. Hilang semua takut aku tu, aku ni pantang org kurang asam ni. Tapi aku pelik pulak tengok dia. Mula2 marah, lepas tu berabang-abang bagai, geli loya tekak aku. Nasib baik aku yg salah, kira ok lah aku buat-buat bodah aje. Kalau dia yg langgar aku tadi, tak kuasa nak melayan, uwek, abang..tidak!’’

Dila terus ketawa mendengar bebelan Akma dan mereka terus menjamu selera tanpa memikirkan masalah tadi. Tapi sebaliknya berlaku kepada Norman. Semenjak terpandang wajah comel Akma, dia seakan tidak boleh buat kerja lain. Sedari tadi apabila sampai ke pejabat. Norman masih menelek kertas nama dan nombor telefon milik Akma. Jemari nya terasa gatal untuk mendail nombor telefon berkenaan. Tetapi masih terlalu awal, dia tidak mahu Akma tahu yg dia sudah mula minat kepada Akma, nanti jatuh lah saham dia.

‘ Tidak mengapa, tunggu lagi 3-4 hari, nanti aku call lah adik manis tu’. Norman tersenyum sendirian.

Tetapi mampukah Norman menahan jari nya dari terus mendail nombor Akma?. Itu Norman sendiri tidak boleh memberi jaminan kerana dia betul2 mahu mendengar suara itu lagi.

‘Ah, cintakah ini. Ini kah cinta pandang pertama?, aku tak pernah merasa begini, dalam banyak2 awek yg aku jumpa, budak ni aje yg buat aku rasa tak senang, jantung aku rasa macam baru tukar bateri aje, laju tu!’.Norman masih termenung.

‘Tidak , tak mungkin. Aku mana boleh jatuh cinta. Prinsip mesti terus di jaga. Biar mereka yg gilakan aku, aku tak nak gila macam mereka. Eh betul ke ni. Rasa macam nak gila pulak. Power lah akma ni.’ Norman menepuk dahi nya sendiri sambil menggeleng2 kan kepala nya.

Namun lamunannya terhenti bila Lina setiausaha nya mengetuk pintu bilik pejabat dan meberitahu Norman tentang mesyuarat dengan Dato’ Hamdan akan bermula lagi 15 minit.

‘’ Terima kasih lina, nanti saya pergi, tolong beritahu epol yang kereta saya kena langgar tadi. Minta dia ambil kereta lain dan hantar kereta saya ke workshop. Saya tunggu dia di bawah, kalau tak ada apa2 lina, awak boleh keluar.’’

Lina menurut perintah tanpa soal, dia tahu sangat perangai boss muda ini. Sanagt berdedikasi bila melibatkan urusan kerja. Tapi bila bab enjoy pun, tekun juga. Dia tahu itu kerana dia merupakan penapis bagi panggilan dari perempuan2 yg bukan sedikit bilangan nya yg mahu bercakap dgn Norman Dato’ Kadeer, anak hartawan terkenal itu. Lina sudah masak dengan tugas2 tambahan untuk cover line Norman bila masalah enjoy nya itu menjadi kritikal. Aduh, itu lah payahnya bila menjadi setiausaha kepada Boss muda yg hensem, playboy dan kaya.