Bab 4
‘’Woi Aini, cikgu Othman panggil kau’’ sergah Azwan. Aini mengurut dada nya kerana terjeut di sergah begitu, ‘’ Cikgu nak apa?’’ Tanya Aini, ‘’ Entah, mana aku tahu’’ jawab azwan selamba. Eh apa pulak yg tak kena ni, fikir Aini seraya bergerak menuju ke bilik guru.

‘’Ya cikgu, Ada apa?’’ Tanya Aini. ‘’Ha, Aini, hanya kamu sahaja yg belum membayar yuran SPM untuk tahun ini…kamu nak ambil periksa ke tidak?’’ Tanya cikgu Othman. Aini terdiam, di dalam otak nya ligat berfikir alasan apa yg perlu dia berikan pada cikgu itu…kali ini sudah 3 kali cikgu Othman bertanyakan benda yg sama. Akhirnya Aini menjawab’’ Nanti saya balik, saya Tanya Mek saya ya cikgu, saya nak ambil periksa cikgu, nanti saya bayar minggu depan, boleh cikgu?’’ cikgu Othman mengeluh, sama sahaja alasan yg Aini beri padanya setiap kali dia meminta wang yuran peperiksaan tersebut ‘’ baik lah, saya tunggu minggu depan, nanti hantar pada saya ya Aini, dah pergi masuk kelas’’ arah cikgu othman’’ baik cikgu, terima kasih’’ Aini berlalu dengan langkah yg longlai, di minda nya masih rungsing tentang wang yuran tersebut, ‘mana lah aku nak cari duit 103 ringgit ni, mesti mek tak de duit ni..alah macam mana ye?’ Kelas bermula kembali selepas waktu rehat tadi…dan Aini masih berfikir hingga loceng tamat pembelajaran berbunyi. Dia masih rungsing.

‘’ Mie , mek mana?’’ Tanya Aini sejurus sampai ke rumah tengah hari itu’’ Ada dekat belakang tengah basuh ikan’’ jawab najmi sambil menoleh pada Aini ‘’aaa’’ jawab Aini ringkas’’ Mek, Aini nak Tanya , Mek ada duit sikit ke, Aini igt nak pinjam, aini nak bayar yuran SPM.’’ Tanya Aini sambil duduk mengcangkung mengadap Mek yg dari tadi ralik membasuh ikan kembung untuk di masak makan tengah hari.’’ Duit?, alah Aini, Mek tak de duit , Tembakau belum boleh jual lagi, lagi pun duit simpanan mek, mek dah bayar yuran Najmi minggu lepas’’ Jawab Mek sambil tangan masih lagi membasuh ikan’’ oh, tak pe lah mek, nanti Aini cari kot lain lah, cikgu Othman nak minggu depan, Aini tak de pulak duit simpan, Aini pun memang tunggu upah jual tembakau ni.’’ Jawab Aini perlahan. ’’Alah Aini, tak payah lah ambil periksa tu, kamu tolong mek sudah. Mek pun perlukan org nak tolong jaga lembu dan jaga ladang tembakau mek tu’’ jawab mek sambil berdiri dengan ikan di tangan, terus belalu ke dapur untuk masak, Aini terkedu mendengar cadangan mek, hatinya terasa pilu, sampai bila dia harus menjaga lembu dan tanam tembakau milik mek nya. Aini masih bertenggung di tepi perigi itu, tanpa sedar, air mata sudah membasahi pipinya. Namun di seka air mata itu, aku mesti cari jalan untuk dapatkan duit itu, aku mesti ambil periksa . tiba2 terbayang wajah Abang Yusuf. Masih ada harapan, Aini kembali tersenyum. Ya, aku mesti cuba!.

Petang itu, aini pergi ke rumah Abang yusuf, berjumpa dengan adik nya untuk bertanyakan alamat tempat Abg Yusuf belajar di kuala lumpur. Dia mahu mengutus surat kepada yusuf , dia tahu hanya yusuf sahaja yang boleh membantu nya kini untuk mendapatkan duit sebanyak itu, Yusuf anak orang berada, keluarganya mempunyai puluhan ekor lembu, semua org di kampung tahu. Bapanya di gelar ‘’ pak teh toke lembut’’ pasti tidak ada masalah untuk abg yusuf meminjamkan padanya 103 ringgit. ‘ Assalamualaikum, Husna, ‘’ Aini memberi salam apabila melihat husna yg baru mahu menuruni anak tangga rumah besar itu. ‘’ waalaikumsalam, oh kak Aini, ada apa hal?’’ jawab husna sambil tersenyum.’’ Husna, abg yusuf tak balik cuti ke?’’ ‘’tak, abg belom cuti kenapa, kak aini rindu ke?...’’ usik husna.’’eh tak de lah’’ jawab aini dgn wajah merona merah ’ malu ‘.’’ Dia belom cuti lagi ye, tak pe lah. Kak aini nak minta alamat abg dekat kl boleh ? kak aini nak hantar surat, husna ada alamat die?’’ .’’ ada, nanti husna ambil sekejap. Eh naik lah dulu kak aini, mak taka de. Dia ke kedai.’’ Jemput husna sopan. ‘’tak pe lah..kak aini pun nak cepat ni, nanti mek cari pulak’’. Husna sudah hilang dari pandangan dan sebentar kemudian dia datang bersama sehelai kertas.’’ Ini alamat abg, nanti bila kak Aini tulis surat pada abang yusuf, sampaikan salam aini pada dia ya’’. Aini tersenyum melihat kertas di tangannya. ‘’ insyaAllah, Husna, kak Aini balik dulu, nanti kirim salam pada mak ya’’ kata aini dan melangkah pergi, dia mesti segera pulang, mahu di utus surat penting itu secepat mungkin.