Bab 7

Aini masih meneruskan langkah kakinya, walau suara itu terus memanggil, ia tidak menggamit hatinya untuk berpaling dan berhadapn dgn insan yg pernah bertahta di hati nya dulu. Seketika itu, suara yg dahulu pernah di rinduinya tidak lagi kedengaran, Aini memperlahankan langkah kaki nya, mungkin kerana terlalu penat akibat dek cuara di negeri cik siti wan kembang yg membahang.

Aini masuk ke dalam pusat membeli belah billion dgn niat hati untuk menghilangkan lelah dan dahaga. Dia mengambil tempat di ruang makan sambil memesan segelas air laici. Dia masih teringatkan suara itu, sungguh dia tidak menyangka akan di pertemukan dgn Abg Yusuf hari ini setelah hampir 5 bulan tidak ada khabar berita dari nya. Kenapa Abg Yusuf masih mahu memanggil nama nya sedang selama ini tidak langsung bertanya khabar tentang diri ini? Gumam Aini di dalam hati.

Tanpa Aini sedari, ada sepasang mata yg sedang memerhatikan dirinya . Mata lelaki itu tidak jemu menjamah wajah gadis yg di rindui selama ini. 5 bulan sudah cukup menyiksakan jiwa lelakinya kerana tidak dapat memandang wajah gadis kecil molek yg benar2 telah Berjaya mencuri hatinya sejak kali peertama bertentanagn mata 2 tahun yang lalu. Mengenali Aini lebih dekat telah membuatkan hatinya semakin menyukai gadis berwajah ayu itu, cintanya kepada Aini bukan kerana wajah nya yg ayu, tetapi kecekalan dan ketabahan Aini mengharungi kehidupan yg cukup mencabar itu. Hati lelakinya cukup mengkagumi kekuatan aini yg sentiasa mengukir senyuman walau hidup dalam keperitan. Akibat dari asal usul diri Aini yg miskin dan di buang ibu bapa nya sendiri itu telah membuatkan ibunya kak timah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak lelaki tunggalnya itu telah jatuh cinta kepada perempuan miskin yg dianggap telah membawa sial kepada keluarga hingga dibuang begitu sejak dari kecil dan di jaga oleh makciknya yg memerlukan pembantu. Manakan layak perempuan begitu dijadikan menantu ibu nya yg terkenal sebagai isteri lelaki yg kaya di kampung kandis. Namun, walau di halang oleh ibunya, yusuf tidak dapat menipu dirinya tentang perasaan nya kepada aini. Kerana cintanya yg utuh itu, Yusuf sanggup mengetepikan cadangan ibunya untuk meminang gadis pilihan ibunya.

Yusuf meresa sangat lega apabila dia dia terima masuk ke Univeriti Malaya dia kuala lumpur, secara tidak langsung, dia dapat melarikan dirinya dari terus di paksa ibunya untuk berkahwin dgn pilihan ibunya yg langsung tidak mendapat tempat di hatinya. Mana mungkin ada wanita lain yg dapat bertahta di hati ini, selain Aini. Namun, Semenjak dia menyambung pengajiannya di kuala Lumpur, kehidupan siswa yg terlalu padat, menghalang yusuf untuk berhubungan dgn kekasih hatinya di kampung. Yusuf tidak berpeluang untuk pulang ke kampung, namun dia sempat beberapa kali mengutus surat kepada Aini, tetapi tiada balasan, 3 bulan lamanya dia menanti, namun hampa. kecewa dgn keadaan itu, yusuf hanya mendiamkan diri, dia menganggap Aini mungkin terlalu sibuk mentelaah pelajaran bagi menghadapi SPM dan tidak mahu di ganggu. Selepas itu dia telah berpindah ke kediaman baru dan terlupa untuk memberi tahu keluarganya tentang alamat baru nya itu.

Apabila dia pulang untuk cuti semester pertamanya, dia dikejutkan dgn berita tentnag gadis idamannya telah berpindah ke kota baharu dan lebih malang lagi Aini, gadis yg bercita-cita untuk menjadi jururawat itu tidak dapat mengambil peperiksaan SPM akibat tidak punyai wang melunaskan yuran peperiksaan. Khabar yg di kabarkan oleh adiknya itu benar2 meruntun jiwanya. Betapa peritnya dugaan yg di lalui insan bernama aini, pasti gadis itu sgt kecewa dan yusuf seakan2 dapat merasa kekecewaan itu. Semenjak itu, boleh dikatakan setiap 2 atau 3 hari, yusuf akan ke Bandar kota baharu untuk mencari aini. Dia tidak tahu di mana Aini berada, namun dia tidak pernah putus harapan kerana dia yakin, dgn cintanya yg tulus terhadap gadis itu pasti dia akan bertemu dgn gadis hati nya.

Hari ini, doanya telah di makbulkan tuhan, dia telah berjumpa dgn Aini, tetapi dia merasa aneh bila Aini seakan menjauhkan diri darinya. Dia masih bingung, apa salah nya terhadap Aini, atau mungkin hati Aini telah dicuri lelaki lain. Oh, tidak, dia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku, dia akan mencuba sedaya upaya untuk mengambil kembali hati itu. Itu azam nya.