Bab 3
Tiba2, Aini merasa seperti terpijak sesuatu ,‘’Adoi..mie..tolong aku’’ pekik Aini sambil menahan sakit yg kuat. ‘’ kenapa Aini?..’’ Najmi yg dari tadi sibuk mengutip siput tiba2 di kejutkan dengan jeritan Aini yg kuat. ‘’Kaki aku…kaki aku’’ kata aini sambil menunjukkan kaki nya berlumuran darah. ‘’ Y Allah, Aini…luka…besarnya’’ kata najmi yg sudah bulat matanya memandang kaki Aini yg terbelah. ‘’ ini mesti kena ekor ikan tetuka ni…mari naik ke pantai… aku panggil tok ayah datang, kejap ye Aini’’ kata najmi sambil memimpin Aini ke pantai, dan sekejap itu juga najmi terus berlari ke rumah untuk mendapatkan ayah nya. Aini masih lagi menahan pedih kaki yg terbelah itu dengan mata yg terpejam2.’’ Iskh, macam mana aku boleh terpijak ekor ikan tu…ni sebab syok sangat cari remis lah ni….’’ Rungut Aini sendirian.

Semenjak peristiwa kakinya luka di pantai tempoh hari, Aini sudah jarang ke pantai, serik barangkali dan sudah malas mahu mendengar bebelan tok ayah padanya. Dia kembali pada jadual asalnya menarik lembu dan menanam tembakau setiap hari. Walaupun dia sibuk dengan kerja2 harian nya, dia tetap tidak lupa unutk mengulangkaji pelajaran nya, dia mahu lulus SPM, dia masih ada cita2, walaupun cita2 nya tidak tinggi hanya untuk menjadi seorang jururawat, tetapi baginya itu kerja yg mulia dan dia sangat sukakannya.

‘’Aini, makan nasi’’ jerit Mariani anak bongsu mek. ‘’aaaa’’ ringkas sahaj jawapan nya, dengan pantas dia menutup buku sekolah dan terus bergerak ke dapur. Seperti biasa, dia tidak di jemput makan bersama keluarga lain, dia hanya makan selepas semua telah selesai, ‘’ Tinggal kuah aje?.. kuah pun kuah lah…janji ade ikan kering dan budu ni cukup’’ suap aini dengan penuh selera. Selesai makan dia akan ke tepi perigi bagi mecuci pinggan. Sudah menjadi perkara biasa pada dirinya, dia tidak terasa tersisih dengan sikap mek dan anak2nya kerana dia tahu, dia hanya menumpang dan dia sangat berterima kasih pada mek kerana sanggup menganbilnya walaupun mek sendiri mempunyai anak seramai 6 org.

Selesai semua tugas, Aini kembali membuka hamparan tikar mengkuangnya dan menepuk bantal usang itu supaya lembut. Entah pukul berapa waktu itu, Aini sendiri tidak pasti, yg dia tahu, esok dia perlu menarik lembu sebelum ke sekolah seperti biasa..Oh Tuhan…bilakah semua ini akan berakhir. Rintih hati Aini dan ahkirnya dia terlelap juga.