Bab 2

Loceng berbunyi menanandakan waktu rehat, seperti biasa, Anis dan husna jalan beriringan ke kantin sekolah. Sedar tidak sedar, sudah 2 minggu Anis di sekolah baru nya itu. Dua minggu sudah cukup membuatkan dia dan husna menjadi teman akrab, mereka mempunyai minat dan perangai yg sama. Bagi anis, Husna seorang yg gila seperti dirinya juga namum pelajaran tidak pernah mereka abaikan. Mereka mahu ke universiti bersama-sama, itulah cita2 mereka.

Hari ini, menu utama di kantin sekolah adalah nasi Ayam, menu kegemaran Anis.

‘’Cayalah, hari ni nasi ayam lah Husna, makbul doa aku, lepas kelas matematik tambahan tadi, kepala aku dah weng dah ni, minta2 sgt hari ada nasi ayam, memang layan lah ni’’ dgn pantas Anis mencapai pinggan, husna turut serta.

Sedang mereka asyik menjamah makanan, tiba2, Idham budak Ais batu berdiri teracak di hapadan mereka.

‘’ Anis, Ustazah Ramlah nak jumpa’’ kemudian Idham terus berlalu meninggalkan mereka yg masih terkejut dan terpinga-pinga.

‘’Memang sejuk macam Ais Batu lah si idham tu’’ kata Anis dan Husna mengangguk laju.

’’ Lepas makan ni kau teman aku pergi jumpa ustazah ye, tapi kenapa ustazah nak jumpa aku ni,takut pulak, aku ada buat salah aper2 ke?’’ Tanya Anis, husna hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu sambil tgn menyuap nasi ayam ke mulutnya.

‘’ Assalamualaikum Ustazah, Idham cakap Ustazah nak jumpa saya’’ Anis sudah berdiri di hadapan Ustazah Ramlah.

’’ Ya, saya nak jumpa awak pasal Pertandingan membaca Al-Quran peringkat sekolah minggu depan. Saya Nampak awak berbakat Anis, Jadi saya bercadang mahu awak ambil bahagian dalam pertandingan itu. Nanti ia boleh memberi merit yg boleh membantu awak untuk masuk ke Universiti.’’terang Ustazah Ramlah kepada Anis.

’’ Alah ustazah, saya tak pandai sangat, segan lah, lagipun saya mana biasa mengaji depan org ramai2 ni, nanti suara saya tak nak keluar, saya ni pemalu orangnya’’ jawab Anis malu2.

‘’Aah, pemalu lah sangat si Anis ni ustazah,’’ peril husna pula.

’ Apa yg nak di malukan nanti, pertandingan itu untuk murid perempuan sahaja, kita akan buat di dalam dewan tanpa pelajar lelaki, kan suara kita ni aurat’’. Jelas Ustazah Ramlah lagi, Mungkin Ustazah rasa yg Anis malu untuk mengaji di hadapan murid lelaki.

‘’ Oh , kalau macam tu, boleh lah kot, saya cuba’’ jawab Anis.

’’ Ha, bagus, nanti saya akan berikan surah2 yg boleh dibaca dan tempat serta tarikh pertandingan. Rasanya tidak ada apa2 lagi, awak boleh masuk semula ke kelas, waktu rehat pun dah tamat ni.Terima kasih Anis’’ kata Ustazah Ramlah dgn wajah gembira, dia memang berharap sgt yg Anis akan setuju dgn cadangan nya itu .

’’ Terima kasih Ustazah’’ serentak mereka menjawab dan terus berlalu pergi.

Sewaktu melangkah masuk ke dalam kelas, Cikgu Zul sudah pun memulakan pengajaran Sejarah.

‘’ Anis dan Husna, kenapa lambat masuk kelas ni?’’ Tanya Cikgu Zul dgn wajah yg sedikit tegang.

Cikgu Zul amat terkenal dgn sifat garang dan tegas. Muka Anis sudah bertukar merah, dia malu kerana terlewat masuk ke kelas, semua mata memandang ke arahnya.

‘’ Kami jumpa Ustazah Ramlah tadi cikgu, Maaf kami lambat masuk ke kelas.’’ Husna Menjawab bagi pihak mereka.

‘’ Duduk’’, ringkas arahan Cikgu Zul, barangkali malas untuk memanjangkan kesialapn anak murid nya itu.

Loceng kelas berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, pelajar2 sekolah menengah dato Zulkifli Muhammad berpusu2 keluar dari perkarangan sekolah untuk pulang ke rumah masing2. Seperti biasa Anis menunggu ayahnya dip agar sekolah.

‘’ alah kenapa ayah lambat pulak ni, naik kematu dah kaki tunggu ni’’ bisik Anis.

Anis memerhatikan kawasan sekolah itu, ramai pelajar telah pulang yg tinggal beberapa rg murid yg sedang menanti di pondok rehat , mungkin mereka juga sepertinya, mennggu untuk di jemput. Tiba-tiba, mata anis terlihat susuk tubuh yg sedang berdiri di belakang blok surau.

Eh, itu macam idham, apa yg dia buat tu, idham ni misteri betul lah, dah lah tak ramai kawan, asyik duduk sorang2, ade masalah ke dia ni, mental mungkin?..iskh, takut pulak aku, mana ayah ni, cepat lah datang.’ Bebel Anis sendirian.

Anis sudah menghalakan pandangan nya ke arah jalan. Tanpa dia sedari, satu suara berdehem di belakang nya.

‘’ Mak ko, aku terkejut’’ latah Anis sambil mengurut dadanya.

‘Ya Alah, masib baik aku tak gol, ni kes Ais batu sgt dah ni, beri salam pun tak reti.’

’’ Maaf, Anis terkejut? Saya tak sengaja. Anis tunggu ayah ye, lambat pulak ayah Anis datang hari ni. Bahaya anis duduk sorang2 dekat sini, budak lain semua dah balik. Kalau Anis tak kisah, idham boleh tolong duduk teman Anis, tapi Idham duduk dekat hujung sana lah, takut ayah Anis marah pulak Nampak budak lelaki dgn Anis.’’ Kata idham tanpa memandang wajah Anis, malu barangkali.

‘ Tahu pulak Ais batu ni hari ni ayah aku datang lambat, dia spy aku ke hari2, iskh, perasan lah kau Anis, aper kau ingat Idham tu tak de kerja lain.’ Gumam anis di dalam hati sambil tersenyum.

‘’Kenapa Anis senyum, saya buat lawak ke? saya memang sungguh-sungguh nak teman Anis ni, bukan main-main, ke muka saya Nampak macam badut, Anis, saya tak biasa cakap dgn perempuan , itu yg muka pun tak boleh nak control, saya malu sebenarnya.’’ jawab Idham perlahan.

‘’ Tak-tak, tak lawak pun, boleh aje kalau awak nak teman, kalau awak tak cakap nak duduk jauh pun, saya akan suruh awak duduk jauh2, mana boleh duduk dekat2 masa org tak de ni, bahaya!’’ jawab Anis sambil tersenyum.

Idham hanya tersenyum mendengar kata-kata Anis.

’’ Ok, saya tunggu pergi tunggu dekat sana ye. Assalamualaikum.’’

‘’Walaikumsalam’’ jawab Anis ringkas.

Anis menghantar Idham dengan perasaan yg senang, Idham yg selama ini hanya membatukan diri apabila terserempak dgn nya rupanya seorang yg baik hati dan peramah. Anis tersenyum sendirian.