Bab 3

Akma sedang asyik menggosok pangkal kaki nya yang sakit akibat terjath sewaktu bermain bola jarring tadi terkejut apabila talifon binbitnya menjerit minta diangkat.

’’ Kus semanagt aku, nasib baik tak pengsan’’ sambil tangan nya lincah memtik butang hijau pada talifon kesayanagnnya itu.

’’ Itu lah, gatal sangat buat ring tone org gelak macam nak pengsan, tuan talifon sendiri yg nak pengsan bila dengar bunyi talifon’’ bebel Dila pada akma yg sudah membuat muka kelat pisang tak masak itu.

‘’assalamualaikum, ya, saya akma, oh encik norman, iyer saya igt, haa, nak jumpa?, kenapa sampai nak jumpa pulak, saya bagi nombor akaun saya udah la, haa, ade denda lain nak bincang, alah, leceh lah cam gini, saya ni payah nak jumpa2 org lelaki macam ni, nanti kalau mak saya tahu, habis lumat saya mak saya bantai, erm, haaa, nak datang umah mak, udah2 lah tu encik Norman, kalau sampai nak datang umah mak, baik jumpa kat jusco aje, esok pukul 5 ye, ok2, insyaAllah saya sampai, ok bye’’akma sudah memasukkan talifon nya ke dalam poket.

‘’ aper hal akma, macam cencurut aje muka ko ni?’’. Tanya dila.

‘’ kau igt lagi tak mamat yang kite, eh aku langgar kat jusco tu, dia nak jumpa, aku malas lah jumpa2 ni, takut mak aku tahu, dia kan macam ade superpower, semua yg aku buat dia tahu, kang naya kena dgn mak, seksa jiwa raga aku ni, tapi mamat tu nak jumpa jugak, siap nak ke rumah mak, mahu perang dunia ke 4 karang. Jadi nak selamat kan keadaan, kau teman aku jumpa dia kat jusco esok boleh ye, please….’’ Rayu akma.

‘’eh2 bila pulak aku masuk dalam plan ni, kena ada upah lumayan ni akma, amacam?’’ dila memberikan cadangan.

“ alah kau ni dilla, tolong aku pun nak berkira, iyer lah aku belanja, esok pukul 430 kaa siap, aku amik, jgn kau membuta pulak , esok petang tak de kelas, kalau kau cadang nak buat tahi mata tu, aku datang pukul 4, iyer lah, nak kejut kau, bukan kerja mudah.’’ Peril akma sededap hati pada kawan karib nya itu.

Dila hanya membulatkan mata nya bila mendengar kata2 akma tentang tabiat buruknya itu, memang dia tahu, akma sedah arif benar tentang dia dan bantalnya, tapi apa kan daya, ini penyakit nya dan penyakit itu masih belum ada ubatnya lagi.

Akma memberhentikan kereta kelisa kesayangan nya di tempat parking Jusco, Hari ini dia mengenakan blaus merah muda yg sedondon dengan tudung nya dan seluar panjang bewarna hitam. Dia hanya mengenakan pelembab bibir dan bedak sahaja, namun sudah cukup untuk membuatkan wajah comelnya kelihatan bertambah comel. Dianugerahakan badan yg tinggi dan kulit yg putih kemerah-merahan itu amat di gilai oleh teman2 kuliah nya, namun dia tidak berminat dgn soal cinta kerana dia tahu, jodohnya hanya akan di tentukan oleh ibu nya dan dia tidak punyai kuasa untuk bercinta. Dari dia kenal apa itu lelaki, dia sudah di didik untuk menjaga batas pergaulan dgn kaum itu dan ibu nya sentiasa mengingatkan nya tentang tradisi keluarga nya yg amat berpegang kepada jodoh pilihan keluarga.

Dia masih ingat bagaimana ada satu insiden, sewaktu dia cuti semester di kampung, ada seorang pelajar senior lelaki yg dia sendiri tidak sedar kewujudannya telah menelifon rumah dan mahu bercakap dengan dirinya. Teruk dia di leteri oleh ibu dan yg pasti budak lelaki itu juga menjadi mangsa bebelan berapi Puan Maimun. Walaupun dia telah menerangkan perkara sebenar yg dia tidak kenal dan tidak tahu bagaimana budak lelaki angau tahi minyak itu dapat nombor talifon rumah nya, ibu masih lagi tidak percaya dan mengugut nya untuk terus mengahwinkan dirinya dengan jejaka kampung dan dia perlu berhenti belajar.

‘’ mak hantar kamu ke universiti, bukan untuk mencari pakwe, mak suruh kamu belajar Akma. Kalau mak nak menantu, mak yg akan cari, igt itu akma, mak tak suka kamu main2 macam ini.’’ Bebel puan Maimun.

‘’Mak Ai, seram aku’’ tiba2 akma bersuara tanpa sedar.

’’ Apa yg seram akma?, kau takut nak jumpa mamat kereta tu ke?, kalau kau takut, biar aku jumpa, boleh cuci mata, mamat tu hensem lah’’ kata akma sambil membetulkan baju nya yg kelihatan sedikit berkedut.

‘’Tak lah, aku teringat mak kat kampung, jgn lah dia tahu aku jumpa mamat kereta ni, kang aku kena kawin dgn calon menantu mak aku kat kampung yg hitam berkilat tu, tak sangggup aku, walaupun dia tu anak penghulu, tapi, gelap sangat lah, takut kalau rumah aku blackout masa malam akat nikah, tok kadi tak Nampak pulak, sebab gelap sgt bakal pengantin,’’ bebel Akma.

‘’ aah I yer lah tu, kau sedap2 kutuk, kang jadi kau kawin dgn dia, makan tak habis lah kau’’. Bidas dila.

‘’ Alah dila, jgn cakap macam gitu, simpang malaikat 44, tak sanggup aku’’. Balas akma sambil buat muka takut.

Mereka sampai di Pizza hut tepat pukul 5, namun hampa, org yg beriya2 mahu berjumpa dgn nya masih tidak kelihatan batang hidungnya.

‘’ Tengkorak kering betul lah mamat kereta ni, kata pukul 5, ni dah tunggu setengah jam ni belom datang, aku ni yg panas ni, aku memang tak boleh lah org yg tak tepati janji ni, karang dai sampai aku bakar dia bubuh atas pizza ni, yg pizza ni pun satu, tak siap2 lagi, aku lapar kebulur dah ni’’ rungut Akma.

‘’ aah lah, aku pun dah fed-up dah ni, kang blah aje kang, tapi pizza dah order, nak tak nak, kena tunggu jugak ni’’.

Masing2 sedang melayan perasaan dgn perut bergelora tiba2 mereka dikejutkan dgn suara lekaki memberi salam.

’’Assalamualaikum, maaf saya lambat, Akma dah lama tunggu? Saya baru habis meeting, tak sangka habis lambat sgt’’ terang Norman sambil duduk di kerusi bertentangan dgn Akma.

‘’ Tak da la lama sgt tunggu tu, cuma dah tumbuh akar dah ni kaki ni, silap2 boleh Nampak buah dekat tgn dan kepala ni sebab dah lepas tempoh matang’’ jawab Akma selamba

.’’ Tempoh matang ape? ‘’ Tanya Dila sambil buat muka blur.

‘’Alamak bendul pulak kau ni, aku peril mamat kereta ni, ko ni buat spoil mood lah dila’’

Terang akma tanpa memperdulikan Norman yg duduk dihadapannya, sebenarnya Akma lupa yg Norman duduk di situ, selesai Akma bercakap dgn Dila, baru dia sedar dan terus menangkup mulut leser tak berinsuran nya itu.

‘’ Boleh tahan jugak nama baru saya tu, mamat kereta’’ kata Norman sambil membuat muka tak bersalah.

Akma dan dilla masing2 hanya membatukan diri setelah di perli begitu oleh Norman dan dgn pantas mereka mencapai Pizza di atas tgn pelayan yg baru mahu meletakkannya di atas meja, nasib baik tak tergolek pizza tiu, kalau tidak, selamat.