Bab 6

Keluar dari kampung dan tinggal bersama makcik yah dan 2 lagi anak nya merupakan satu rahmat yg besar bagi diri Aini,dan itu merupakan tiket kepada Aini untuk memulakan hidup baru dan secara tidak langsung dapat mengurangkan beban mek untuk menanggung hidupnya. Kota Baharu, keadaan yg sangat berbeza dari kampung kandis yg ibaratnya seperti tempat jin bertendang, kota baharu maju, pesat membangun, ada bangunan2 yg tinggi, pasar besar dan pusat membeli belah. Semua ada di sini. Aini sgt kagum dengan keadaan yg sentiasa sibuk itu. Ini kali pertama dia ke Bandar, semua Nampak cantik dan mengagumkan. Rumah makcik yah besar dan sgt selasa. Aini di tempakan di tingkat bawah rumah besar itu, ruang bilik yg tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil itu di rasakan cukup mewah berdanding dengan keadaan tempat tidur nya di kampung. Teringat kali pertama Aini meletakan punggung nya di atas tilam bilik itu, terasa empuk, empuk yg tidak dapat Aini gambarkan dengan kata2. Dia tidak pernah tidur dia atas tilam semenjak dia di hantar ke rumah papan milik mek.

Ingatannya melayang teringatkan Mek, ‘apa khabar agaknya mek di kampung?’ ,waktu ini jam 10 pagi kalau di kampung dia baru pulang dari menghantar lembu dan dia sedang bersiap2 mahu menyiram pokok tembakau mek. Tiba2 hatinya rindu akan bau hamis tahi lembu, rindu akan kehijauan pokok2 tembakau, rindukan bunyi deruan ombak pantai kandis.

Kampung Kandis terletak di dalam daerah bachok. Mahu ke kampung itu dari cabang tiga mengambil masa 1 jam menggunakan prebet sapu. Tidak ada perkhidmatan bas yg masuk ke kampung itu, yang ada cuma prebet sapu. Kampung itu kering dan sunyi, sesekali terbengar bunyi deruan motor anak muda kampung yg kebanyakan berkerja menanam tembakau. Tidak ada kedai besar di kampung itu, yg ada hanya kedai runcit kecil pok ngoh yg di lihatnya hidup segan mati tidak mahu. Sesekali terdengar lembu2 di tepi jalan rumah menguak, Hamis tahi lembu merupakan aroma kampung yg biasa, sehinggakan tidak pernah tidak ada bau itu dan ia benar2 sebati dengan rongga hidung setiap penduduk kampung kandis.

Aini membuka matanya, masih terbau-bau haruman pokok tembakau, dia kerinduan. ‘ Ah sudah hampir waktu tengah hari’. Ahmad Syakir masih lagi lena di dalam buai nya. Sudah masuk 3 bulan umur anak makcik yah, serasa seperti dial ah ibu kepada bayi montel itu, segala urusan dari makan, mandi hingga menidurkan Ahmad syakir di serah bulat2 Makcik yah kepadanya. Makcik yah hanya menguruskan 2 lagi anak2 nya, Sufian dan Adura. Aini senyum sendiri melihat Ahmad syakir yg sedang menggelait di dalam buia. Di henjut lagi buai itu, biar lagi lena. Dia perlu ke dapur untuk menyiapkan makan tengah hari.

Petang itu, Aini keluar ke Bandar kota baharu. Saja mahu mengambil angin di luar. Sudah 2 minggu dia tidak keluar, mahu pulang ke kampung, tetapi Makcik yah tidak benarkan, katanya dia akan balik ke kampung bulan hadapan. Oh, sebulan tersa terlalu lama, dia terlalu rindukan mek dan najmi.

Lamunan nya terhenti apabila dia terdengar suara memanggil namanya. ‘’ Aini, Aini…’’ Eh suara itu, suara yg amat di rindui nya, Abang Yusuf!. Aini menoleh dan mencari suara itu. Ya itu abang Yusuf. Tanpa melengahkan masa, Aini mempercepatkan langkah cuba untuk meniggalkan tempat itu.